Selepas setahun dilancarkan, airasia farm terus berkembang pesat dalam sektor pertanian di ambang Covid-19

Covid-19 telah memberikan kesan buruk kepada ekonomi global dan di Malaysia pula, KDNK Malaysia mencatatkan penyusutan sebanyak 3.4% pada suku keempat 2020 di mana semua sektor ekonomi utama  mengalami penyusutan, termasuklah sektor pertanian sebanyak 1.0%.*

Disebalik pelbagai cabaran sukar dan terpaksa merancang operasi dalam musim krisis wabak Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), airasia farm terus berkembang pesat dalam sektor pertanian dengan memanfaatkan rantaian bekalan pertanian, membuka peluang pekerjaan dan pada waktu yang sama, menjamin keselamatan makanan dan bahan mentah. 

Penjenamaan semula rantaian bekalan pertanian

airasia farm dilancarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada bulan Jun 2020 sebagai sebuah platform perniagaan-ke-perniagaan (B2B) yang menghubungkan para pengeluar terus kepada syarikat perniagaan. Disokong oleh airasia Digital dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), airasia farm menggunakan teknologi dan data untuk memenuhi permintaan daripada pasaraya atau pengusaha makanan dan minuman dengan menghubungkan mereka dengan  pengeluar agro terdekat, supaya perkhidmatan penghantaran produk dapat dilakukan dengan lebih efisien dan berkesan di samping mengekalkan kesegaran dan kualiti hasil pertanian.

Pada akhir tahun 2020, airasia farm telah berjaya mendaftarkan lebih daripada seribu syarikat pertanian, perikanan dan penternakan dimana hasil segar mereka dibekalkan kepada kira-kira 100 buah perniagaan termasuk PKS dan pasar raya. airasia farm bukan sahaja telah mengurangkan kos perolehan hasil segar sehingga 25% untuk para peniaga yang membolehkan mereka terus beroperasi dalam waktu yang mencabar ini, malah membantu meningkatkan pendapatan pengeluar dengan membuka pasaran baharu dan tanpa orang tengah dalam rantaian bekalan.

airasia farm memanfaatkan keseluruhan ekosistem airasia seperti e-dagang melalui airasia Fresh, platform jualan barangan runcit dalam talian; logistik melalui Teleport, merangkumi perkhidmatan penghantaran antara-bandar dan antara-negeri; program kesetiaan melalui BIG Rewards, yang membolehkan para pelanggan menerima dan menebus mata ganjaran dengan setiap pembelian; dan peluang untuk perdagangan rentas sempadan di seluruh rangkaian airasia.

airasia farm dijenamakan semula daripada OURFARM ASIA pada bulan April 2021 sebagai sebahagian daripada ekosistem kumpulan dan untuk melengkapkan transformasi airasia sebagai sebuah platform e-dagang yang menawarkan produk perjalanan dan gaya hidup sehenti, yang memfokuskan kepada produk segar.

Keterangan Gambar: (Dari kiri) Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif airasia Group and YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Keterangan Gambar: (Dari kiri) Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif airasia Group and YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif airasia Group berkata: “AirAsia adalah sebuah syarikat penerbangan untuk semua dan mempunyai satu jenama yang kukuh di kalangan masyarakat. Jenama ini juga membuka peluang kepada airasia farm untuk terus menembusi pasaran kerana rekod kami sebagai sebuah jenama yang terus memberikan nilai dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Ini amat penting untuk pengembangan perniagaan kami ke seluruh rantau ini dan untuk membina keupayaan eksport dan import tidak lama lagi. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan tahniah kepada pasukan airasia farm diatas pencapaian ini dan kami berharap untuk terus menjadi pemacu rantaian bekalan pertanian bagi menyokong agenda keselamatan makanan negara.”

YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata: “Kelestarian industri pertanian dan makanan kita bergantung pada teknologi bukan sahaja untuk menjadi lebih maju dan kompetitif, malah untuk menjamin keselamatan makanan tempatan. Ini amat penting terutamanya pada masa-masa seperti ini, di mana pertanian secara e-dagang dapat mengubah cara hasil pertanian dipasarkan dan cara para petani menguruskan hasil mereka.

“Dalam merealisasikan visi ini, Kementerian telah berhubung dengan pemain industri secara proaktif seperti airasia farm yang berperanan dalam merevolusikan rantaian bekalan pertanian dengan memanfaatkan ekosistem e-dagang dan kemampuan logistik airasia Group. 

Kami memuji pengembangan pesat airasia farm sebagai pengganggu dalam industri pertanian dan pihak Kementerian menantikan pengembangan berterusannya.”

887D9CF5-A33B-449F-98C1-5239111DEB39.jpeg

Sentiasa bersedia untuk membantu pemasaran dan pengedaran hasil tempatan (dari Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak), MAFI menerusi Jabatan Pertanian (DOA) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis telah bekerjasama dengan airasia farm untuk mempromosikan kempen ‘Harumanis Kembali Lagi’. Kerjasama ini bukan sahaja akan memperluas pengedaran Harumanis ke seluruh Malaysia, tetapi juga membawa buah mangga yang cukup eksklusif ini ke Sabah secara rasmi buat pertama kalinya, sejajar dengan penekanan kementerian terhadap sektor pertanian bernilai tinggi yang dapat mewujudkan peluang ekonomi untuk rakyat. Berikutan kerjasama itu, airasia farm telah berjaya memasarkan lebih daripada 10 tan mangga popular tersebut di seluruh negara dalam tempoh masa sebulan.

airasia farm adalah hasil daripada projek platform e-dagang B2B MAFI di mana pihak kementerian secara proaktif melibatkan pemain industri untuk membantu memadankan perniagaan menerusi platform e-dagang kepada perniagaan (B2B) dan pengguna (B2C). Kerjasama strategik ini akan mewujudkan ekosistem baharu yang dapat membantu perniagaan pertanian berkembang dengan jangkauan yang lebih besar dan menawarkan lebih nilai kepada para pelanggan.

Membuka peluang pekerjaan di seluruh rantaian bekalan pertanian

Setahun beroperasi, airasia farm telah mendaftarkan kira-kira 2,000 pengeluar sepenuh masa, termasuk lebih daripada 170 dari Sabah dan petani kontrak, dengan kakitangan tambahan termasuklahi pemandu, pengendali logistik, eksekutif pembangunan perniagaan, eksekutif perhubungan petani, eksekutif jaminan kualiti dan ramai lagi.

Joanna menekankan kepentingan membuka peluang pekerjaan dalam sektor pertanian, terutama dalam musim pandemik ini untuk meningkatkan pengeluaran dan pembekalan hasil segar. airasia farm mensasarkan  lebih daripada 100,000 peluang pekerjaan baharu (secara langsung atau tidak langsung) yang diperlukan dalam tempoh jangka panjang sedaya dengan peningkatan keupayaan logistik dan rantaian bekalan. . Beliau juga menyatakan bahawa konsep petani kontrak akan memainkan peranan penting bagi airasia farm dan juga  prospek sektor pertanian, sejajar dengan harapan MAFI untuk menarik minat lebih banyak generasi baharu untuk melihat pertanian kontrak sebagai sebuah kerjaya berdaya maju dan membantu   komuniti B40  dalam jangka masa panjang.

Menjamin keselamatan makanan tempatan melalui keupayaan digital

Selain cabaran pandemik dan PKP, cuaca bermusim di negara ini juga merupakan antara cabaran pengeluar pertanian. Pada awal tahun ini, bencana banjir yang melanda negara telah menjejaskan beberapa hektar ladang nanas di Johor - menyebabkan pekebun kecil terpaksa menanggung kerugian berjuta ringgit. Bencana cuaca juga telah menenggelamkan ladang sayur di Sabah, memusnahkan ladang ternakan di Pahang dan banyak lagi, memberi impak kepada kadar keselamatan makanan negara.

Menyedari kesan buruk daripada kejadian seperti itu, airasia farm bakal mendirikan sebuah gudang seluas 10,000 kaki persegi di negeri Selangor dan sebuah gudang 6,000 kaki persegi di negeri Sabah menjelang suku ke-3 2021. Gudang ini juga akan berfungsi sebagai Pusat Agri Digital 3-dalam-1 yang mempunyai kemudahan rantaian sejuk, ruang pejabat dan ruang latihan untuk para petani dan PKS. Strategi kami adalah untuk terus bekerjasama dengan para petani, pembekal dan cabang logistik untuk memastikan hasil segar mempunyai kualiti sedia-dieksport.

Gudang tersebut juga akan menjadi ruang simpanan hasil segar, pusat kawalan kualiti, pusat penyusunan dan pengedaran produk segar dengan perkhidmatan rantaian sejuk untuk memastikan bekalan produk segar yang mempunyai permintaan tinggi mencukupi dan kadar stok mengikut keperluan untuk mengelakkan kerugian, disamping memastikan keselamatan bekalan makanan tempatan. Selain kemudahan dan infrastruktur untuk memastikan kualiti dijamin terbaik, semua pengendali airasia farm juga telah mengambil semua vaksin yang wajib, mengikuti kursus keselamatan makanan dan mengamalkan langkah-langkah kebersihan yang ketat.

“Pada bukan Disember lalu, kami telah menguji perkhidmatan rantaian sejuk kami melalui Teleport dengan menghantar udang segar dari Sabah terus kepada kami di Lembah Klang. Proses penghantaran mengambil masa kurang dari 18 jam dari pintu-ke-pintu, dan dapat mengekalkan kualiti yang terbaik! Kami berbangga dengan pencapaian ini kerana ia menunjukkan bahawa makanan laut segar dari Sabah boleh dibawa di Semenanjung Malaysia dengan mudah, mewujudkan satu pasaran yang lebih besar kepada pengeluar di Sabah,” kata Joanna.

C8B9409A-3922-41FC-915A-28EE2CB15885.jpeg

Sejajar dengan rancangan kerajaan untuk memajukan sektor pertanian dan meningkatkan pendapatan para pengeluar, airasia farm terus melabur dalam  penerapan teknologi digital dalam pertanian. Baru-baru ini, airasia farm bekerjasama dengan airasia fresh sebagai pedagang utama untuk Fresh Xpress, sebuah perkhidmatan penghantaran barangan runcit pada hari yang sama. Semua bahan runcit segar di Fresh Xpress dibekalkan secara langsung oleh airasia farm, yang membantu para petani untuk memasarkan perniagaan mereka.

Berikutan PKP yang diteruskan, inisiatif ini membantu rakyat Malaysia untuk mendapatkan barangan runcit secara dalam talian ketika mereka terus tinggal di rumah.. Sebagai salah satu pemborong hasil segar pertama di Asean yang bekerjasama terus dengan pelbagai rakan kongsi serta platform untuk memenuhi permintaan pasaran termasuk perniagaan kecil, airasia farm juga membolehkan para petani menghabiskan stok mereka dalam waktu yang sukar ini. Airasia farm juga mempunyai rancangan untuk berkembang sebagai sebuah platform untuk pengguna (B2C) sebagai peruncit dalam talian tidak lama lagi.

Meringankan beban mereka yang memerlukan dan membantu komuniti petani

Selain menyediakan satu platform yang mudah untuk memasarkan hasil segar secara meluas, airasia farm juga membantu para petani menghabiskan jualan hasil segar mereka dengan mengagihkannya kepada pelbagai komuniti yang memerlukan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta dan individu yang ingin menderma barangan runcit.

Dari bulan Mac hingga Mei 2021, airasia farm dan bersama rakan Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR) iaitu IKHLAS, Tune Talk, Zer0hunger, The Hope Branch, SedapTV, dan lain-lain telah membantu hampir 1,000 buah keluarga di seluruh negara.

Walaupun infrastruktur dan pengurusan kakitangan adalah komponen utama, kami juga melabur usaha dan masa untuk memastikan semua hasil yang diterima dari ladang dan pembekal adalah berkualiti tinggi. Kami mempunyai pasukan Kawalan Kualiti (QC) yang sentiasa turun padang bertemu para petani untuk memastikan taraf kualiti hasil terbaik dan cara pembungkusan yang betul untuk memastikan kesegaran produk.

Pembangunan sektor pertanian ke arah lestari memerlukan usaha dan komitmen dari semua pihak.  Kami mempelawa lebih ramai pengeluar, petani sepenuh masa atau kontrak, perniagaan terutamanya PKS untuk menyertai airasia farm dengan menghantar email kei moo@airasiafarm.com.

***

*Prestasi Ekonomi Malaysia Suku Tahun Pertama 2021