AirAsia menjadikan Changi T4 sebagai model lapangan terbang buat masa depan

Press release(161117).JPG

SINGAPORE, 16 November 2017 - AirAsia hari ini mengumumkan rancanganya untuk pertingkatkan pengalaman penerbangan menerusi pendigitalan, dengan menjadikan Terminal Lapangan Terbang Changi Singapura 4 (T4) sebagai model lapangan terbang buat masa depan untuk syarikat penerbangan kos rendah (LCC).

AirAsia akan menggunakan data dari operasinya di Changi T4 yang menggunakan sistem ‘Fast and Seamless Travel’ (FAST) sebagai kes kajian berterusan untuk mengenalpasti bagaimana untuk mempertingkatkan proses di lapangan terbang buat syarikat penerbangan kos rendah melalui pendigitalan menyeluruh, dengan hasil kajian tersebut dikongsikan ke seluruh kumpulan AirAsia.

AirAsia membuat pengumuman itu pada majlis yang diadakan di Hotel Crowne Plaza Lapangan Terbang Changi hari ini yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes; Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Singapore, Logan Velaitham dan Naib Presiden Eksekutif Lapangan Terbang Kumpulan Changi (CAG), Yam Kum Weng.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Perpindahan ke T4 merupakan satu lagi langkah dalam perjalanan kami untuk menjadi sebuah syarikat penerbangan digital. Kami telah memulakan beberapa langkah untuk menjadikan pengalaman pra-penerbangan, penerbangan dan pasca penerbangan kami lebih baik dan lebih menyeronokkan untuk tetamu kami dengan adanya ROKKI, 'Amazon of the Skies' iaitu platform untuk membeli-belah dalam talian dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Travel3Sixty ke produk kewangan kami, Big Pay dan program kesetiaan kami dan mata wang maya, BIG Loyalty. Kami juga bercadang untuk bekerjasama dengan Palantir untuk mewujudkan sistem kemasukan yang selamat bagi pelancong untuk mempercepat imigresen di lapangan terbang di Asean melalui kerjasama dengan lapangan terbang dan agensi kerajaan, serta meningkatkan proses operasi, keselamatan dan komersil dalam seluruh Kumpulan AirAsia dengan mengintegrasikan data dari pelbagai sumber menggunakan Skywise oleh Airbus.”

“Kini, dengan kerjasama CAG, kami beralih ke-arah pendigitalan lapangan terbang kami. Peningkatan penjimatan dan kecekapan yang diperoleh dari sistem FAST sejajar dengan usaha kami untuk mengekalkan struktur kos terendah serta visi kami untuk perjalanan lancar, yang bermaksud tambang yang lebih rendah untuk tetamu kami dan jumlah penerbangan akan bertambah di Changi.”

“Ini hanya boleh berlaku kerana CAG memahami bagaimana syarikat penerbangan kos rendah (LCC) berfungsi. Mereka memahami nilai yang dibawa oleh syarikat penerbangan kos rendah kepada lapangan terbang tersebut dan ekonomi secara keseluruhan. Lebih penting lagi, CAG menganggap kami sebagai rakan kongsi dan sentiasa mencari penyelesaian bersama yang memberi manfaat kepada semua pihak. Sistem FAST amat pantas dan ia merupakan sistem buat masa depan. Kami amat teruja untuk bekerja dengan pengendali lapangan terbang bertaraf dunia seperti CAG yang memahami keperluan pendigitalan untuk tingkatkan lagi pengalaman di lapangan terbang.”

AirAsia mengalihkan operasinya di Singapura ke Changi T4 dari Terminal 1 pada 7 November 2017. Terminal automatik termoden ini menggabungkan inisiatif sistem FAST seperti kiosk daftar masuk automatik untuk mendapatkan tempahan penerbangan dan mencetak pas masuk dan tag bagasi, tempat letak bagasi automatik dan pelepasan imigresen dan pintu masuk semua dikuasai oleh teknologi pengenalan wajah.

Selain pengalaman pengguna dan kecekapan dari FAST, AirAsia juga akan mendapat manfaat daripada insentif pertumbuhan bagi penumpang baru dan pautan bandar baru yang disediakan oleh CAG yang akan membolehkan syarikat penerbangan tersebut menambah penerbangan dan memperkenalkan laluan baharu, menambahkan lagi laluan penerbangan di Singapura.

Tahun lepas, syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) menyumbangkan sebanyak 49.6% jumlah penumpang di Singapura. AirAsia adalah kumpulan syarikat penerbangan asing terbesar di Singapura, yang menyumbang lebih dari satu dalam lapan penumpang, dan LCC terbesar di Changi T4.

AirAsia Singapura ditubuhkan pada tahun 2004 pada model hab maya. Syarikat penerbangan itu bermula dengan 2 penerbangan sehari ke Bangkok, Thailand. Hari ini, Singapura merupakan hab ketiga terbesar di AirAsia, dengan 40 penerbangan setiap hari dan 280 penerbangan seminggu. Seluruh penerbangan melalui Singapura dikendalikan oleh empat sekutu AirAsia - Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina - menghubungkan sebanyak 15 destinasi di seluruh Asean.

Untuk perkembangan terkini mengenai perpindahan AirAsia ke Terminal 4, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).