Tempat Duduk Percuma* AirAsia kembali dengan 5 juta tempat duduk promosi!

AirAsia Free Seats - November 2018.jpg

SEPANG, 11 November 2018 – Promosi Tempat Duduk Percuma* AirAsia terakhir bagi tahun ini kini bermula dengan 5 juta tempat duduk promosi!

Nikmati tambang tempat duduk promosi termasuk semua (all-in fare) untuk ahli bermula daripada RM15* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi menarik termasuk  Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuantan, Langkawi, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan Miri, manakala dari serendah RM39* untuk penerbangan ke destinasi Asean termasuk Brunei, Phnom Penh, Padang, Jakarta, Surabaya, Bandar Ho Chi Minh dan banyak lagi.

Bagi mereka yang memilih perjalanan bersama AirAsia X boleh menikmati tambang tempat duduk promosi termasuk semua bagi ahli serendah RM199* dari Kuala Lumpur ke Amritsar, Xi'an, Chongqing, Melbourne, Taipei, Seoul dan Osaka atau terbang dengan lebih selesa dengan menempah tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Jaipur, Jeju, Hawaii, Sapporo dan Busan dari hanya RM899*.

Ahli AirAsia BIG diberi keutamaan akses 24 jam lebih awal bagi promosi ini pada 11 November 2018 (0001h GMT +8). Bukan ahli AirAsia BIG boleh menempah tempat duduk promosi bermula dengan tambang RM20* dari 12 November (0001h GMT +8) hingga 18 November 2018 (2400 GMT +8). Tempahan boleh dibuat  di laman airasia.com dan aplikasi mudah alih bagi tempoh perjalanan antara 6 Mei 2019 dan 4 Februari 2020.  

Ketua Pemasaran Kumpulan AirAsia, Amanda Woo berkata, “Kami berbesar hati untuk menawarkan  5 juta tempat duduk promosi buat para tetamu kami. Menerusi promosi ini,  para tetamu boleh merancang perjalanan mereka lebih awal ke lebih dari 130 destinasi di seluruh jaringan rangkaian AirAsia dan AirAsia X. Para tetamu juga digalakkan untuk mendaftar sebagai Ahli AirAsia BIG untuk menikmati lebih banyak kelebihan seperti keutaman akses promosi, diskaun segera bagi ahli,  pembayaran lancar dengan satu klik menerusi BigClick dan banyak lagi.”

Nikmati pelbagai faedah apabila anda pra-tempah Pek Nilai yang merangkumi bagasi berdaftar 20kg, satu hidangan dalam penerbangan oleh Santan, pilihan tempat duduk biasa, dan insurans perlindungan perjalanan oleh Tune Protect yang merangkumi Jaminan 1 Jam Tepat Masa dan perlindungan Kelewatan Bagasi.

Selain itu, pengguna BigPay juga boleh menikmati caj pemprosesan dengan kadar sifar, diskaun pra-tempah bagi hidangan dalam penerbangan dan bagasi berdaftar apabila mereka membayar menggunakan kad BigPay.  Para tetamu yang menempah menggunakan Kredit Kad Platinum AirAsia pula mendapat mata ganjaran bonus AirAsia BIG.

Dengan menggunakan ciri pembayaran BigClick, para tetamu tidak perlu lagi mengisi butir kad bagi setiap pembayaran kerana BigClick membolehkan ahli menyimpan butiran kad kredit atau debit mereka dengan selamat. Simpan butir kad anda sekarang dan nikmati 100 mata ganjaran AirAsia BIG.  

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia). (twitter.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

**Tempat duduk percuma khas untuk Ahli BIG sahaja. Tempat duduk terhad dan mungkin tidak tersedia untuk semua penerbangan, semua destinasi, cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu. Tempat duduk percuma tidak termasuk cukai lapangan terbang dan bayaran lain. Yuran kemudahan akan dikenakan untuk semua pembayaran yang dibuat melalui kad kredit, kad debit atau kad caj. Tertakluk pada terma dan syarat pengangkutan kami yang lain.

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.


Malaysia, EnglishM ASepang