AirAsia raih dua anugerah di The Edge Billion Ringgit Club 2018

Dato’ Fam Lee Ee, Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan AirAsia Berhad menerima anugerah tersebut daripada Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank Malaysia Bhd Ybhg. Dato’ Ong Eng Bin dan Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Edge Ho Kay Tat pada majlis gala yang diadakan di Mandarin Oriental Kuala Lumpur semalam.

SEPANG, 12 Disember 2018 - AirAsia telah meraih dua anugerah berprestij di The Edge Billion Ringgit Club 2018 setelah mencatat pertumbuhan keuntungan yang kukuh sejak tiga tahun yang lalu.   

Anugerah yang diterima adalah Pertumbuhan Keuntungan Tertinggi Selepas Cukai Lebih Tiga Tahun bagi Syarikat Besar dengan Permodalan Pasaran RM10 Bilion hingga RM40 Bilion dan Pertumbuhan Keuntungan Tertinggi Selepas Cukai Lebih Tiga Tahun untuk Produk dan Perkhidmatan Pengguna.  

Dato’ Fam Lee Ee, Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan AirAsia Berhad menerima anugerah tersebut daripada Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank Malaysia Bhd Ybhg. Dato’ Ong Eng Bin dan Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Edge Ho Kay Tat pada majlis gala yang diadakan di Mandarin Oriental Kuala Lumpur semalam.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Datuk Kamarudin Meranun berkata, “Anugerah-anugerah yang diterima ini datang pada masa yang tepat kerana kami baru sahaja menyambut ulang tahun ke-17. Penghargaan ini melambangkan komitmen kami dalam membina perniagaan yang kukuh dan menguntungkan serta memberikan nilai yang terbaik kepada para pemegang saham kami yang percaya kepada keunikan AirAsia sejak kami tersenarai di bursa awam pada tahun 2004.    

“Kami juga akan meneruskan kecemerlangan syarikat dalam usaha menjadi sebuah syarikat teknologi perjalanan yang mengembangkan AirAsia lebih daripada syarikat penerbangan kepada syarikat yang menawarkan produk dan perkhidmatan gaya hidup sepenuhnya melalui digital yang akan membolehkan kami mencipta pengalaman mudah alih, lancar dan mengikut individu. Syarikat e-dagang kami seperti RedCargo dan Redbox telah menunjukkan pendapatan yang positif dalam masa beberapa bulan sahaja dan kami percaya Redbeat Ventures akan turut menyumbang kepada sebahagian besar pendapatan kami dalam usaha membina perniagaan digital.

The Edge Billion Ringgit Club ditubuhkan pada tahun 2010 untuk mengiktiraf syarikat-syarikat berprestasi tinggi di Malaysia yang tersenarai di bursa awam dengan modal melebihi RM1 Bilion. Seramai 184 ahli kelab yang tersenarai pada tahun ini.

Dianjurkan oleh The Edge Media Group, sebanyak 42 syarikat yang meraih 59 anugerah yang meraikan syarikat korporat terbaik di Malaysia dan organisasi-organisasi yang paling bertanggungjawab.

Pada tahun 2017, AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Terbaik Malaysia di The Edge Billion Ringgit Club 2017 dan menerima dua anugerah lain; Pertumbuhan Keuntungan Tertinggi Selepas Cukai Lebih Tiga Tahun bagi Syarikat Besar dengan Permodalan Pasaran RM10 Bilion hingga RM40 Bilion dan Pertumbuhan Keuntungan Tertinggi Selepas Cukai Lebih Tiga Tahun untuk Perdagangan/Perkhidmatan, Hotel, IPC dan Teknologi.