AirAsia syarikat penerbangan pertama mendarat di lapangan terbang antarabangsa kedua Melbourne - Avalon

Photo caption: (L-R) Australian High Commissioner to Malaysia HE Andrew Goledzinowski AM, Group CEO AirAsia X Nadda Buranasiri, CEO AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail, Executive Chairman Linfox Airports David Fox and CEO Avalon Airport Justin Giddin…

Photo caption: (L-R) Australian High Commissioner to Malaysia HE Andrew Goledzinowski AM, Group CEO AirAsia X Nadda Buranasiri, CEO AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail, Executive Chairman Linfox Airports David Fox and CEO Avalon Airport Justin Giddings flanked by cabin crew.

Tambang rendah tersedia dari RM499*

AVALON, 5 Disember 2018 – AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia telah mendarat di Lapangan Terbang Melbourne Avalon pagi ini dan secara langsung melancarkan perkhidmatan penerbangan antarabangsa pertama ke dan dari lapangan terbang kedua daerah Victoria di Barat Daya Melbourne.

Dikendalikan oleh syarikat jarak jauh AirAsia, AirAsia X, Penerbangan D7218 mendarat pada 8.20 pagi GMT+11 dan membawa kumpulan pertama dari 500,000 jumlah pelawat antarabangsa yang dijangkakan akan dibawa oleh syarikat penerbangan tersebut pada tahun akan datang ke daerah ini.

Bagi menyambut penerbangan sulung ini, AirAsia menawarkan promosi selamat datang ke Melbourne Avalon, dengan tambang serendah RM499* sehala antara Melbourne/Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur/Melbourne (untuk perjalanan segera hingga Mei 2019).

Pendaratan sulung AirAsia di Melbourne Avalon adalah hasil perjanjian 10 tahun antara syarikat penerbangan Asia Tenggara tersebut dengan Lapangan Terbang Melbourne Avalon dan pelaburan sebanyak $48 juta dolar Australia  dari kerajaan Australia dan Victoria bagi membangunkan infrastruktur sekitar Bandar Geelong.

 Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Nadda Buranasiri berkata, “Ketibaan penerbangan AirAsia X D7218 ke terminal tambang rendah canggih Lapangan Terbang Melbourne Avalon ini menandakan satu era baru bagi para pelancong dan bagi kumpulan AirAsia di Australia.

“Kemudahan yang telah dibina khas di Lapangan Terbang Melbourne Avalon hari ini, akan menjadi salah satu hab penting antarabangsa kami di luar Asia Tenggara,” tambah Buranasiri.

“Menerusi perbincangan bersama dengan pihak pengurusan lapangan terbang, kerajaan,  dan pihak berkepentingan tempatan, kami telah berjaya mencapai kata sepakat menerusi perjanjian jangka panjang yang menawarkan kos operasi yang lebih rendah buat AirAsia, pertambahan ketibaan pelancong dan keuntungan bukan aeronautik Lapangan Terbang Melbourne Avalon, dan yang paling penting adalah membolehkan jutaan penumpang terbang pada tambang yang berpatutan.”

“Lapangan terbang yang selaras dengan model penerbangan tambang rendah (LCC), membolehkan AirAsia merangsang pasaran perjalanan udara di destinasi-destinasi yang tanpa kami akan kurang mendapat perkhidmatan, dan kami menjadi pemangkin dalam menyediakan perjalanan udara berpatutan dari pangkalan kedua seperti di Bangkok, Thailand  (Lapangan Terbang Don Mueang), Tianjin, China (berhampiran Beijing), Clark (Manila) dan kini Lapangan Terbang Avalon, Melbourne.”

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail berkata, “Selepas lebih daripada sedekad beroperasi dan berjuta-juta penumpang yang telah terbang bersama kami dari dan ke Melbourne Tullamarine, pemindahan kami ke Lapangan Terbang Melbourne Avalon akan menyediakan tetamu Australia peluang untuk bercuti dengan tambang nilai yang hebat ke lebih daripada 130 destinasi dalam rangkaian kami di Asia Tenggara, Timur Tengah, dan Amerika Syarikat (Hawaii). Termasuk destinasi percutian kegemaran penduduk Australia seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, China, India dan Jepun.

“Paling penting, bagi tetamu Asia Tenggara kami, pemindahan ini akan menyediakan akses mudah ke bandar pesisir Geelong dan salah satu tarikan pelancongan utama Australia iaitu, the Great Ocean Road.

“Untuk ramai penduduk tempatan Melbourne, Lapangan Terbang Melbourne Avalon sebenarnya adalah lebih dekat dari yang disangka dan pengalaman dari pintu masuk ke pintu pelepasan ke pesawat,  akan menjadi lebih mudah dan berpatutan apabila mengambil kira faktor lebuh raya kurang trafik, kesesakan di lapangan terbang, tol jalan raya dan tempat letak kereta yang tersedia.

“Kami berterima kasih kepada Kerajaan Australia dan Victoria, keluarga Linfox dan masyarakat tempatan yang telah merealisasikan pemindahan operasi ini bagi para tetamu antarabangsa kami,”  kata Benyamin.

 

FAKTA RINGKAS:

  • Perjalanan penerbangan AirAsia X D7218 merangkumi 6,454km dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Melbourne Avalon, Australia

  • Penerbanagan AirAsia X D7218 beroperasi menggunakan pesawat Airbus A330-300 dengan 12 tempat duduk Premium Flatbed dan 365 tempat duduk standard

  • AirAsia X Flight D7218 di operasi krew penerbangan termasuk 3 juruterbang dan 8 krew kabin termasuk 2 krew yang berasal dari Perth dan Melbourne, Australia yang direkrut baru-baru ini

  • Seramai 60 kakitangan AirAsia dan pengendali urusan darat (ground handler) tempatan dari Australia berpangkalan di terminal Antarabangsa Melbourne Avalon yang baharu ini

  • AirAsia mempunyai 28 penerbangan seminggu antara Kuala Lumpur dan Melbourne Avalon menghubungkan para tetamu dengan lebih dari 130 destinasi serata Asia Tenggara, Timur Tengah dan Amerika Syarikat

  • Para tetamu AirAsia yang terbang ke Melbourne Avalon boleh menikmati pelbagai kelebihan Avalon seperti bayaran tempat letak kereta yang lebih rendah, lebuh raya Tullamarine tanpa tol,  akses mudah ke pusat bandar Melbourne dengan SkyBus, infrastruktur lapangan terbang baharu dan proses mudah ketibaan dan pelepasan.

  • AirAsia beroperasi antara Kuala Lumpur, Malaysia dan Perth, Sydney, Gold Coast dan kini ke Melbourne Avalon. AirAsia juga mempunyai servis antara Denpasar,  Indonesia dan Perth.

Schedule.JPG

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Malaysia, EnglishM AAvalon