AirAsia Tingkatkan Operasi Musim Panas ke Gold Coast

SEPANG, 25 September 2018 – AirAsia akan menambah sejumlah 18 perkhidmatan tambahan pergi dan balik antara Kuala Lumpur dan Gold Coast yang akan menyediakan lebih dari 13,000 tempat duduk tambahan pada musim panas ini.

Dikendalikan oleh syarikat sekutu jarak jauh AirAsia, AirAsia X, perkhidmatan harian akan ditingkatkan ke  11 kali seminggu dari 7 kali seminggu buat masa ini bermula 13 Disember 2018 hingga 12 Januari 2019, dengan tawaran berpatutan menjelang musim cuti perayaan Krismas dan Tahun Baru akan datang ini.

Ketua Komersial Kumpulan AirAsia X Barry Klipp berkata, “Penerbangan tambahan antara Kuala Lumpur dan Gold Coast ini adalah hasil dari pertambahan permintaan dari tetamu.”

"Kami menyedari Gold Coast adalah destinasi musim panas yang popular bagi para pelancong dari Asia Tenggara dan musim ini memberi peluang bagi penduduk Australia mengambil kesempatan bercuti ke luar negara dan menikmati Kekayaan budaya dan makanan, kemeriahan malam, keindahan persisiran pantai dan banyak lokasi eksotik yang terdapat di Asia."

Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Gold Coast Chris Mills berkata AirAsia X telah menghubungkan Gold Coast dengan hab-hab utama di rantau Asia Pasifik melalui Kuala Lumpur.

"Terima kasih kepada AirAsia, kami telah melihat peningkatan kedatangan pelancong dari pasaran utama antarabangsa seperti China, Jepun dan India ke Gold Coast melalui Kuala Lumpur," Tambah Chris Mills.

"Semakin ramai pelancong juga menggunakan Lapangan Terbang Gold Coast sebagai hab untuk meneruskan perjalanan domestik dan perjalanan seterusnya ke New Zealand.”

"Penduduk tempatan di Australia juga  boleh berhubung ke lebih 130 destinasi seperti Thailand, Vietnam, Indonesia dan Korea dengan mudah dan pada harga yang berpatutan menerusi Kuala Lumpur, yang telah meningkatkan muatan bagi laluan ini."

Mills berkata muatan penerbangan AirAsia dari dan ke Gold Coast telah melonjak naik tahun ini, yang menunjukkan populariti destinasi Gold Coast.

Perkhidmatan tambahan antara Kuala Lumpur dan Gold Coast akan mula beroperasi pada setiap hari Isnin, Rabu, Khamis dan Sabtu sepanjang tempoh 13 Disember, 2018 hingga 12 Januari, 2019.

Rekod menunjukkan 6.6 juta orang mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Gold Coast pada tahun kewangan lepas, ini termasuk lebih dari satu juta pelancong antarabangsa.

Lapangan Terbang Gold Coast kini merupakan lapangan terbang keenam paling sibuk di Australia dan salah satu yang paling pesat berkembang, dengan bilangan penumpang dijangka mencapai 16.6 juta setiap tahun menjelang 2037.

Untuk menempah perjalanan anda, layari airasia.com

Jadual penerbangan tambahan bagi laluan Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) dan Gold Coast, Australia (OOL).

Nota: Jadual hanya digunapakai dari 13 Disember 2018 sehingga 12 Januari  2019. Semua waktu yang tersenarai adalah tempatan melainkan dinyatakan sebaliknya.




Malaysia, EnglishM ASepang