AirAsia sambut 2019 dengan 1.9 juta tempat duduk promosi

Malay.jpg

SEPANG, 6 Januari 2019 - AirAsia menyambut kedatangan tahun baru dengan 1.9 juta tempat duduk promosi tersedia untuk ditempah!

Tambang promosi termasuk semua untuk ahli bermula dari serendah RM19* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Johor, Kuantan dan Labuan, Kota Kinabalu ke Bintulu dan Sibu, Kuching ke Bintulu dan Miri, Pulau Pinang ke Langkawi; RM49* dari Kuala Lumpur ke Silangit - Danau Toba, Phuket dan Krabi; RM69* dari Kuala Lumpur ke Padang dan Bandar Ho Chi Minh.

Penerbangan AirAsia X dari Kuala Lumpur ke Tianjin, Melbourne, Jeju, Amritsar dan Osaka juga tersedia dengan tambang termasuk semua untuk ahli bermula dari RM319*, atau terbang dengan lebih selesa dengan tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Bali, Taipei, Amritsar dan Jaipur dari hanya RM599*.

Tempah sekarang di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia dari 7 Januari (0001h GMT+8) sehingga 20 Januari 2019 (2400h GMT+8) untuk perjalanan segera hingga 31 Julai 2019.

Ahli AirAsia BIG boleh menebus tempat duduk promosi bermula dari serendah 500 mata ganjaran BIG di airasiabig.com atau applikasi BIG Loyalty.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Penerbangan) AirAsia Bo Lingam berkata, “Kami amat teruja memulakan tahun 2019 dengan tawaran yang menakjubkan ini dan kami berharap para tetamu kami turut teruja. Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi pada tahun ini, tetapi kami berharap dengan promosi tambang ini kami memberikan anda ketenangan fikiran kerana anda telah memperoleh tawaran terbaik untuk percutian yang akan datang.”

Tetamu juga boleh menempah edisi terhad hidangan dalam pesawat Santan Combo Meal** yang termasuk hidangan ayam teriyaki dengan nasi, salad kentang dan snek manisan dengan hanya pada RM13 (kod penerbangan AK) atau RM23 (kod penerbangan D7) semasa menempah penerbangan mereka.

*Tambang sehala sehala termasuk cukai dan bayaran untuk ahli AirAsia BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

** Promosi Santan Combo Meal tertakluk semasa tempahan penerbangan pada mula sahaja. Penjimatan dan pemilihan hidangan adalah tertakluk kepada kod  penerbangan.

Malaysia, EnglishM ASEPANG