airasia.com tawar nilai terbaik untuk pakej penerbangan + hotel dengan SNAP

SNAP.jpg

SEPANG, 10 Disember 2019 - AirAsia memperkenalkan SNAP, nama baharu bagi pakej penerbangan + hotel di airasia.com yang menawarkan harga pakej yang terendah sebagai sebahagian daripada komitmen yang berterusan airasia.com untuk menjadi platform perjalanan dan gaya hidup di Asia Pasifik.

Tempah penerbangan pergi balik dengan penginapan hotel 3 hari, 2 malam daripada serendah RM149* ke Langkawi, RM189* ke Surat Thani, RM289* ke Krabi, RM419* ke Bali, RM1039* ke Maldives dan banyak lagi.

Ketua Komersial Serantau AirAsia Amanda Woo berkata: "SNAP menawarkan lebih penjimatan dan kemudahan berbanding tempahan penerbangan dan hotel yang dilakukan secara berasingan. Selain memperluaskan tawaran gaya hidup di airasia.com, kami juga ingin memastikan pakej pelancongan berpatutan untuk tetamu kami dengan menyediakan tawaran yang lebih menarik. SNAP akan membolehkan para tetamu merancang percutian tanpa kerumitan dan dengan kadar penerbangan + hotel yang terbaik di airasia.com. Bagi mereka yang masih mempertimbangkan percutian akhir tahun atau percutian pada awal tahun 2020, ini adalah peluang yang tepat untuk menempah beberapa pakej yang hebat."

Tambang promosi SNAP boleh didapati di airasia.com mulai hari ini sehingga 15 Disember 2019, dan perjalanan di antara 11 Disember 2019 dan 28 Februari 2020.

Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia)  dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Harga yang tertera untuk pengiklanan adalah bagi setiap orang dengan bilik berkembar dan termasuk tambang penerbangan pergi balik dan penginapan hotel selama 3 hari, 2 malam yang mungkin berbeza mengikut tarikh dan ketersediaan. Terdapat juga sekatan tambahan seperti penginapan yang minimum, tarikh sekatan, ketersediaan bilik dan pembelian awal yang mungkin dikenakan. Rujuk di sini untuk terma dan syarat airasiago.com.


Malaysia, EnglishM A