airasia.com tawar pakej gaya hidup dengan nilai lebih hebat
Pelbagai tawaran dengan diskaun untuk lebih penjimatan
Promosi pelancaran hanya RM1 pada 18 Disember
KUALA LUMPUR, 17 Disember 2019 - Platform perjalanan dan gaya hidup AirAsia, airasia.com hari ini telah melancarkan AirAsia Deals, tawaran pakej gaya hidup dengan nilai lebih hebat untuk lebih penjimatan.
Para pelanggan kini boleh menikmati lebih daripada 80 tawaran gaya hidup yang terdiri daripada makanan dan minuman (F&B), kecantikan dan perkhidmatan melalui geo-lokasi bagi pas 90 hari pada hanya RM20, atau dengan hanya 2,500 Mata Ganjaran BIG.
Tawaran AirAsia Deals tersebut telah dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Tan Sri Tony Fernandes bersama Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com Karen Chan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur hari ini.
Karen Chan berkata, "Kami berbesar hati untuk memperkenalkan satu lagi produk gaya hidup baharu sebagai sebahagian daripada perjalanan kami untuk menjadi jenama gaya hidup. AirAsia kini lebih daripada sebuah syarikat penerbangan, yang menawarkan produk dan perkhidmatan dalam perjalanan, gaya hidup, logistik, kewangan dan banyak lagi untuk memenuhi keperluan gaya hidup semasa. Nikmati tawaran seperti potongan rambut, rawatan muka dan tatarias kuku secara percuma dan tawaran beli-1-percuma-1 yang disediakan di lokasi yang berbeza.
“Kini tersedia di Kuala Lumpur, tawaran-tawaran ini akan diperluaskan ke bandar dan negara lain termasuk Pulau Pinang, Singapura, Thailand dan banyak lagi pada masa akan datang. Tawaran AirAsia Deals bukan hanya terhad kepada pelawat airasia.com, tetapi pada fasa seterusnya, kami akan memperkenalkan ganjaran dan pembelian kepada syarikat korporat untuk organisasi-organisasi yang ingin memberi ganjaran kepada kakitangan mereka.”
Sempena pelancaran ini, airasia.com menawarkan promosi 24 jam pada harga RM1 bermula 18 Disember 2019 (0001h - 2359h GMT +8) untuk pembelian Tawaran AirAsia Deals. Rebut tawaran tersebut di airasia.com/deals.
Untuk syarikat-syarikat yang berminat menjadi rakan kongsi kami, sila daftar di http://bit.ly/2DNT0AE
Selain Tawaran AirAsia Deals, tawaran gaya hidup lain yang terdapat di airasia.com termasuklah SNAP (pakej penerbangan + hotel), hotel, aktiviti, barangan bebas cukai dan insurans perjalanan.
Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).