AirAsia perkukuh hubungan Malaysia-Thailand dengan hab baharu di Chiang Rai
SEPANG, 1 Februari 2019 - Airasia mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia-Thailand dengan pelancaran laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Chiang Rai, hab ketujuh dan terbaru di Thailand.
AirAsia Thailand, yang akan menempatkan pesawat Airbus A320ceo di Lapangan Terbang Antarabangsa Mae Fah Luang, Chiang Rai juga akan mengendalikan perkhidmatan baharu ke Phuket, Singapura dan Macau, serta dijangka akan membantu membangunkan komuniti pelancongan dan dan perniagaan tempatan.
AirAsia kini mengendalikan enam laluan ke dan dari ibu negeri wilayah utara Thailand, termasuklah perkhidmatan yang sedia ada dari Bangkok Don Mueang dan Hat Yai.
Pengarah Operasi Darat AirAsia Thailand Witchunee Kuntapeng berkata, “Pembukaan hab baharu kami di Chiang Rai adalah seperti membina sebuah rumah baharu. Di Chiang Rai, kami akan menempatkan pesawat Airbus A320ceo dan melantik kakitangan baharu, yang terdiri daripada komuniti tempatan.”
“Chiang Rai mempunyai potensi besar untuk menjadi salah satu destinasi pelancongan utama di Thailand, dengan budaya Lanna yang unik dan cara hidup suku kaumnya yang telah mendapat perhatian global baru-baru ini. Kami percaya ini adalah masa yang tepat untuk mempromosikan Chiang Rai kepada para pelancong dan kami berbesar hati untuk melihat empat laluan baharu kami antara Chiang Rai dan Phuket, Macau, Singapura dan Kuala Lumpur telah diterima dengan baik. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada komuniti tempatan atas sokongan mereka.”
Sebuah majlis perasmian yang diketuai oleh Naib Gabenor Chiang Rai Paskorn Boonyalug, Pengarah Eksekutif Pelancongan Thailand untuk Wilayah Asia Timur Titiporn Manenate dan ejen pelancongan tempatan telah diadakan di hab baharu tersebut untuk meraikan empat penerbangan antarabangsa AirAsia dari Phuket, Macau, Singapura dan Kuala Lumpur antara 30 Januari dan 1 Februari 2019.
Penerbangan dari Kuala Lumpur yang menyaksikan faktor beban 85% peratus, membuktikan usaha syarikat penerbangan ini untuk mempromosikan Chiang Rai sebagai destinasi pelancongan utama oleh pelancong antarabangsa.
Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).