AirAsia sambut Tahun Baru Cina bersama warga tua

Photo caption: AirAsia X Malaysia CEO Benyamin Ismail decked in God of Prosperity costume distributes ang pau to the residents of Chik Sin Thong Klang & Pantai Old Folks' home this afternoon.

Photo caption: AirAsia X Malaysia CEO Benyamin Ismail decked in God of Prosperity costume distributes ang pau to the residents of Chik Sin Thong Klang & Pantai Old Folks' home this afternoon.

KUALA LUMPUR, 16 Februari 2019 – Sambutan Tahun Baru Cina berterusan di Rumah Jagaan Orang Tua Chik Sin Thong Klang & Pantai bersama AirAsia menerusi anjuran majlis khas bersempena musim perayaan bersama dengan penghuni dan staf rumah jagaan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail dan wakil dari barisan pengurusan syarikat penerbangan tersebut menganjurkan makan tengah hari khas dengan dendangan lagu-lagu perayaan, tarian serta pemberian ang pau dan hamper.

Ditubuhkan pada tahun 1968,  Rumah Jagaan Orang Tua Chik Sin Thong Klang & Pantai yang terletak di Klang mempunyai 30 orang penghuni warga tua berumur 65 tahun dan ke atas. Pusat jagaan ini memberi perkhidmatan jagaan bagi warga tua dari kawasan sekeliling yang tidak mempunyai ahli keluarga terdekat.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).


Malaysia, EnglishM AKuala Lumpur