AirAsia tawar diskaun 20 peratus untuk semua penerbangan
SEPANG, 18 Februari 2019 - AirAsia hari ini menawarkan diskaun 20 peratus untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan* yang ditempah dalam tempoh promosi ini.
Rebutlah peluang ini untuk bercuti ke salah sebuah destinasi dalam rangkaian AirAsia yang menawarkan lebih daripada 140 buah destinasi.
Promosi ini boleh ditempah di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia bermula 18 Februari (0001h GMT +8) hingga 24 Februari 2019 (2400h GMT +8) untuk tempoh perjalanan antara 25 Februari dan 31 Julai 2019*.
Ahli AirAsia BIG yang mendaftar masuk di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia pula boleh menikmati penjimatan tambahan.
Selain itu, AirAsia juga menawarkan diskaun 20 peratus untuk semua tempat duduk Premium Flatbed dan tempahan Premium Flex, jadi para tetamu boleh menikmati Tempat Duduk Premium Terbaik Dunia bagi Penerbangan Tambang Rendah atau tempahan yang lebih fleksibel dengan lebih penjimatan.
AirAsia juga menggalakkan para tetamu untuk menempah Pek Nilai dengan bagasi daftar masuk 20kg, hidangan dalam penerbangan oleh Santan, pemilihan tempat duduk standard dan Perlindungan Insurans Perjalanan Tune** termasuklah jaminan 1 jam tepat masa dan perlindungan kelewatan bagasi.
Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).
*Harga diskaun adalah sah untuk tempahan dari 18 Februari 2019 hingga 24 Februari 2019 untuk tempoh perjalanan antara 25 Februari 2019 dan 31 Julai 2019. Untuk terma dan syarat penuh layari airasia.com / https://air.asia/wNKrM
**Perlindungan Insurans Perjalanan Tune adalah di bawah kerjasama rakan insurans tempatan bergantung kepada negara perlepasan pertama anda.