AirAsia tiba di Fukuoka
FUKUOKA, 1 Mac 2019 – AirAsia telah tiba di Fukuoka (Jepun) secara langsung menandakan perkhidmatan penerbangan terus sulung dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Fukuoka menyertai senarai destinasi jarak jauh AirAsia yang terus berkembang dengan pengumuman operasi empat kali seminggu antara Kuala Lumpur dan bandar terbesar Kyushu tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail berkata, “Selamat datang ke Fukuoka, destinasi pertama kami di kepulauan Selatan Jepun, Kyushu.”
“Lebih dari 156,000 tempat duduk setahun akan ditawarkan bagi laluan baharu ini, memberi peluang kepada para tetamu untuk menempah perjalanan tambang rendah ke satu lagi destinasi menakjubkan yang terdapat di negara Jepun.”
Sejak melancarkan penerbangan ke Jepun dari Malaysia pada tahun 2010, AirAsia telah menerbangkan lebih dari 6.5 juta tetamu antara kedua-dua negara ini. Kini, syarikat penerbangan tersebut mengendalikan perkhidmatan antarabangsa ke Jepun dari Kuala Lumpur, Bangkok dan Taipei dengan penerbangan sambungan dari Malaysia ke Honolulu, Amerika Syarikat yang beroperasi melalui Osaka.
“Laluan baharu ini menandakan komitmen kami untuk terus membangun pertumbuhan kami di Jepun, dan kami yakin laluan ini akan memberi peningkatan signifikan kepada ekonomi tempatan.
“Sekalung penghargaan kepada rakan kerjasama termasuk pihak berkuasa lapangan penerbangan, agensi pelancongan dan kerajaan tempatan yang berkenaan dalam menjayakan laluan baharu ini.” Sambung Benyamin.
Gabenor Wilayah Fukuoka Hiroshi Ogawa, Timbalan Datuk Bandar Fukuoka Masanao Nakazono, Pengurus Lapangan Terbang Fukuoka, Biro Penerbangan Awam Daerah Osaka Fumito Ohya dan Pengarah Perwakilan dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Lapangan Terbang Antarabangsa Fukuoka Tetsuya Nagasao mengalu-alukan kedatangan Penerbangan AirAsia D7 538 di Lapangan Terbang Antarabangsa Fukuoka pagi ini.
Untuk meraikan penerbangan sulung ini, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua bermula dari RM299* bagi tempat duduk biasa dan RM1,099* bagi tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah.
Tambang promosi ini tersedia untuk tempahan di laman web airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia bermula dari sekarang sehingga 9 Mac 2019, bagi tempoh perjalanan segera hingga 28 Oktober 2019.
Ahli AirAsia BIG juga boleh menebus tempat duduk di airasiabig.com atau aplikasi mudah alih AirAsia BIG dan menerima 1,000 mata ganjaran BIG** bermula hari ini hingga 9 Mac 2019, pada masa yang sama Vidi juga menawarkan potongan 10% tambahan bagi aktiviti pelancongan dan lawatan terpilih di Fukuoka dengan menggunakan kod diskaun 'FUKUOKA10' di laman deals.airasia.com.
AirAsia kini mempunyai hampir 110 penerbangan seminggu dan merangkumi 12 laluan antarabangsa dan domestik di Jepun, termasuk laluan terbarunya antara Nagoya dan Taipei yang baru dilancarkan bulan lalu.
Untuk aktiviti terkini dan promosi AirAsia, sila mengikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).
* Tambang termasuk semua yang disebut adalah penerbangan sehala bagi Ahli AirAsia sahaja dan termasuk cukai. Bagi rujukan terma dan syarat, sila rujuk laman web airasia.com.
** Terhad kepada 1,000 penebusan pertama yang dibuat secara dalam talian atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia BIG sahaja. Bagi rujukan terma dan syarat, sila rujuk laman web airasiabig.com.