AirAsia tambah fon kepala pembatalan bunyi Sony bagi kabin Premium Flatbed

SEPANG, 18 Mac 2019 – AirAsia meneruskan kerjasama dengan Sony dengan pengenalan fon kepala pembatalan bunyi para tetamu kabin Premium Flatbed*.

Fon kepala pembatalan bunyi baharu WH-1000XM3 dilengkapi dengan adaptasi kawalan bunyi yang membolehkan fon kepala ini mengesan dan adaptasi persekitaran kabin dan bakal memberikan pengalaman penerbangan yang lebih baik buat para tetamu.  

Ketua Pendapatan Sampingan Kumpulan AirAsia Barry Klipp berkata, “Menerusi maklum balas para tetamu kami dan kejayaan fasa percubaan fon kepala pembatalan bunyi bagi laluan Kuala Lumpur - Tokyo, kami sangat berbesar hati untuk memperbaharui kerjasama baharu ini dengan Sony. Tempat duduk Premium Flatbed kami telah memenangi pelbagai anugerah dan merupakan produk premium terbaik di udara. Kami teruja untuk sekali lagi meningkatkan pengalaman penerbangan yang lebih baik buat penumpang kabin premium.”

Pengarah Urusan Sony Malaysia Satoru Arai berkata, “Kami berbesar hati  menyampaikan produk fon kepala tanpa wayar dengan teknologi pembatalan bunyi Sony WH-1000XM3  bagi kesemua penumpang Premium Flatbed AirAsia, fon kepala ini akan membawa pengalaman penerbangan ke tahap yang lebih dengan teknologi inovatif Sony prossesor QN1 dan menyampaikan audio hebat 35,000 kaki dari paras laut.”

Bagi menyambut pengumuman ini,  AirAsia menawarkan tambang promosi bagi Premium Flatbed dari hanya RM 799** bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeju, Tianjin,  Taipei, Fukuoka, Perth dan banyak lagi. Tempah di airasia.com dan applikasi mudah alih AirAsia dari 18 Mac 2019 ke 24 Mac 2019 bagi perjalanan segera hingga 31 Ogos 2019.

Tambahan dari fon kepala pembatalan bunyi ini, para tetamu Premium Flatbed juga boleh menikmati tablet hiburan dalam pesawat Xcite, soket elektrik, penyandar kepala boleh laras, utiliti privasi, bantal serta duvet, keutamaan kemasukan penerbangan, keutamaan bagasi, termasuk 40kg bagasi dan hidangan dalam pesawat dan akses ke AirAsia Premium Red Lounge di klia2.

Bagi menandakan pelancaran fon kepala pembatalan bunyi ini, AirAsia dan Sony juga telah mengenalkan rekaan luar pesawat Airbus A330 khas. Ini juga berterusan dari kejayaan kempen pencarian duta bersama #ThroughTheLens  yang berlangsung lewat tahun 2018.

Untuk aktiviti terkini dan promosi AirAsia, sila mengikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

* Tersedia di kabin Premium Flatbed bagi penerbangan berjadual dioperasi oleh AirAsia X Malaysia bagi penerbangan lebih dari 5 jam sahaja.

**Tambang termasuk semua yang disebut adalah penerbangan sehala bagi Ahli AirAsia sahaja dan termasuk cukai. Bagi rujukan terma dan syarat, sila rujuk di sini.


Malaysia, EnglishM ASepang