AirAsia siar foto dan video selang-masa terkini pesawat Airbus A330neo
TOULOUSE, 18 April 2019 - AirAsia telah menyiarkan foto terkini dan gambaran pesawat Airbus A330-900neo yang pertama yang bakal keluar dari proses mengecat di kilang Airbus di Toulouse, Perancis.
Pesawat baharu tersebut dijangka akan memulakan perkhidmatan pada lewat bulan Jun 2019, dan bakal menjadi pesawat Airbus A330neo yang pertama beroperasi di Asia Pasifik.
Pesawat tersebut akan berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok dan akan dikendalikan oleh syarikat jarak jauh AirAsia, AirAsia X Thailand.
Untuk melihat foto dan gambaran tersebut sila klik di sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai pesawat Airbus A330neo termasuk angka penting, dimensi, jarak sampai pesawat dan statistik kecekapan, sila klik di sini.