AirAsia terbang ke Lanzhou dan Quanzhou
LANZHOU, 30 April 2019 - AirAsia terus mengembangkan sayapnya ke China dengan dua laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Lanzhou dan Quanzhou yang sedia untuk memulakan perkhidmatan esok.
Laluan baharu ini meningkatkan jumlah destinasi AirAsia di China ke 24, secara langsung mengukuhkan posisi syarikat penerbangan tersebut sebagai syarikat penerbangan luar terbesar berdasarkan kapasiti yang beroperasi di China dengan lebih dari 400 penerbangan seminggu.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail berkata, “Malaysia dan China menyambut 45 tahun hubungan dua hala tahun ini. Laluan eksklusif dari Kuala Lumpur ke Lanzhou di Barat Laut dan Quanzhou di Tenggara ini akan memberi tambahan 280,000 tempat duduk setahun ke dan dari China, membolehkan kami mengukuhkan hubungan antara dua negara ini.”
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia China Tassapon Bijleveld berkata, “AirAsia kini telah membangun kehadirannya di China lebih dari 14 tahun, menghubungkan jutaan penumpang dari Asean ke bandar yang tidak mempunyai perkhidmatan penerbangan yang mengcukupi di bandar-bandar kedua dan ketiga China dengan tambang rendah kami. China terus kekal menjadi pasaran utama untuk pembangunan masa hadapan kami. Baru-baru ini, kami melancarkan laluan Bangkok-Shenyang dan kami akan terus mengkaji potensi beberapa laluan di China yang kami harap dapat umumkan kelak.”
Tempah tambang termasuk semua ahli AirAsia BIG bermula dari serendah RM209* ke Lanzhou dan RM129* ke Quanzhou di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia dari sekarang hingga 5 Mei 2019 bagi perjalanan antara 1 Mei 2019 hingga 30 Sep 2019. Nikmati tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah ke Lanzhou pada tambang termasuk semua buat ahli BIG dari RM889* bagi tempoh perjalanan yang sama.
Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).
* Tambang termasuk semua yang tercatat adalah bagi penerbangan sehala untuk Ahli AirAsia sahaja dan termasuk cukai. Untuk terma dan syarat, sila rujuk di sini.