AirAsia BIG Loyalty rai sambutan ulang tahun ke-10 dengan permainan dalam aplikasi baharu
Sertai permainan “Points Catcher” dalam aplikasi mudah alih AirAsia BIG dan dapatkan 888 Mata Ganjaran BIG setiap hari!
KUALA LUMPUR, 15 Januari 2020 - AirAsia BIG Loyalty memasuki tahun ke-10 operasinya pada 2020 dan melancarkan permainan “Points Catcher” dalam aplikasi mudah alih AirAsia BIG bagi memberi ganjaran kepada 25 juta Ahli BIGnya.
Sebagai permulaan, sempena Tahun Baru Cina ini, AirAsia BIG akan memberikan lebih daripada 6 juta Mata Ganjaran BIG bermula sekarang sehingga ambang Tahun Baru Cina pada 24 Januari 2020. Semasa tempoh ini, Ahli BIG boleh log masuk di aplikasi mudah alih AirAsia BIG untuk bermain dengan permainan yang diinspirasikan daripada mesin claw - pemain perlu menggerakkan pencengkam dan memilih emotikon oren mandarin yang mengandungi pelbagai denominasi Mata Ganjaran BIG dengan nilai tertinggi 888 Mata Ganjaran BIG. Ahli BIG digalakkan untuk log masuk ke dalam permainan setiap hari sepanjang 10 hari tempoh kempen ini kerana terdapat pengganda harian Mata Ganjaran BIG dalam permainan tersebut yang akan meningkatkan dan menggandakan Mata Ganjaran BIG dimenangi pada hari berkenaan. Tahap gandaan akan meningkat setiap hari setiap kali ahli log masuk ke permainan ini.
AirAsia BIG Loyalty telah diasaskan pada Disember 2010 dan dimiliki serta dikendalikan oleh BIGLIFE Sdn Bhd. Bermula sebagai sebuah program kesetiaan untuk AirAsia, kini AirAsia BIG Loyalty telah berkembang menjadi platform gaya hidup komprehensif melangkaui penerbangan. Dengan lebih daripada 300 rakan kongsi meliputi kategori gaya hidup, perjalanan dan perkhidmatan kewangan, Ahli BIG boleh mendapatkan Mata Ganjaran BIG dari pelbagai jenis jenama; dan gunakannya untuk menebus penerbangan AirAsia, membayar tempahan AirAsia dan menebus tawaran rakan kongsi untuk menikmati penjimatan dan ganjaran yang lebih besar.
Spencer Lee, Ketua Pegawai Eksekutif BIGLIFE Sdn Bhd, berkata, “Kami sangat berbangga untuk meraikan kejayaan ini. Sepanjang sepuluh tahun yang lalu, kami telah melakukan pembaharuan terhadap produk kami dan mentransformasikan syarikat kami, dan kini kami sangat teruja untuk melihat masa depan kami. Kami akan terus melabur dalam keupayaan baharu dan inovasi berterusan untuk memberi ganjaran kepada ahli-ahli kami di setiap peringkat kehidupan mereka, dan mengukuhkan kedudukan kami sebagai salah satu syarikat pemasaran kesetiaan digital paling bernilai di dunia, dikuasakan oleh mata wang digital sejagat, Mata Ganjaran BIG.”
Program kesetiaan AirAsia BIG Loyalty kini mempunyai 700,000 pendaftaran baharu setiap bulan, dengan enam pasaran teratas dengan anggota terbesar iaitu Malaysia (4 juta ahli), China (3.3 juta), Thailand (2.6 juta), India (1.4 juta), Filipina (1.4 juta) dan Indonesia (1.3 juta).
Satu siri kempen dan promosi akan dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang. Nantikan lebih banyak berita gembira. Ikuti kami di Facebook dan Instagram @airasiabig untuk mendapatkan kemas kini dan tawaran terkini.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi AirAsia BIG Loyalty, airasiabig.com.