AirAsia Media Group lancar rekaan pesawat Jannine Weigel sempena kempen pemasaran bersepadu

AirAsia A320 aircraft livery.png

KUALA LUMPUR, 10 Disember 2020 - AirAsia Media Group melancarkan rekaan pesawat baharu sebagai sebahagian daripada kempen pemasaran bersepadu untuk artis RedRecords - Jannine Weigel yang popular dengan single Passcode. Kempen ini juga menggabungkan saluran media yang dinamik seperti media digital, media ambient dan juga perkhidmatan pengurusan perhubungan pelanggan (CRM).

Rekaan pesawat AirAsia Airbus A320 yang kini beroperasi di laluan domestik di Malaysia menampilkan imej Jannine dengan warna merah untuk menggambarkan personalitinya yang ceria.

Sumit Ramchandani, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Media Group berkata: “AirAsia Media Group adalah rakan penyelesaian pemasaran yang unik, di mana kami menggabungkan teknologi pengiklanan dan data dengan kandungan dan saluran penerbitan, yang fokus kepada pelancong dan budaya pop di Asean. Dengan memanfaatkan rangkaian aset media pelbagai saluran yang luas dan pangkalan data peringkat pertama, kami dapat berhubung dengan para pengguna di setiap saluran dan menawarkan penyelesaian media kepada jenama.

"Bersama RedRecords, kempen ini bertujuan untuk untuk meningkatkan kesedaran bagi single pertama Jannine melalui ekosistem AirAsia Media Group dan menjadikannya sebagai bintang popular di Asean. Sebagai sebahagian daripada kempen bersepadu, ia meliputi media digital, media dalam penerbangan, CRM dan rekaan pesawat yang melengkapkan keseluruhan tawaran aset media untuk terus mempromosikan single beliau di rantau ini, apabila pesawat tersebut mula beroperasi di laluan antarabangsa selepas sekatan perjalanan dibuka.

“Hasil kempen ini telah melangkaui jangkaan kami sebanyak 140% yang memanfaatkan saluran-saluran seperti halaman utama laman web, pemberitahuan mudah alih dan halaman daftar masuk penerbangan kami. Single Jannine, Passcode, menjana 18.9% penerimaan di airasia.com, peratusan tertinggi berbanding dengan kempen lain yang dijalankan pada masa yang sama.”

Hassan Choudhury, Ketua Pegawai Eksekutif RedRecords berkata: “RedRecords  berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan AirAsia Media Group untuk membawa karier Jannine ke tahap yang lebih tinggi. Hasil kempen tersebut amat memberangsangkan dan kami menantikan lebih banyak kempen di masa hadapan yang memanfaatkan pangkalan data dan jangkauan AirAsia Media Group, untuk meningklatkan kesedaran kepada artis kami.”

Dengan tawaran pengiklanan bersepadu, AirAsia Media Group menyediakan penyelesaian untuk memacu pertumbuhan perniagaan. Agensi dan jenama boleh menghubungi AirAsia Media Group di ads@airasia.com.