AirAsia umum jualan domestik selama tiga hari berikutan kebenaran perjalanan antara negeri
Harga tambang termasuk semua untuk Ahli BIG bermula RM12 sehala
Boleh ditempah dengan E-baucar Cuti-Cuti Malaysia bernilai RM50
AirAsia memperketatkan langkah-langkah kesihatan dan kebersihan
SEPANG, 7 DEC 2020 - AirAsia menyambut baik keputusan kerajaan Malaysia yang membenarkan perjalanan antara daerah dan negeri dalam negara bermula 7 Disember 2020.
Berikutan keputusan ini, AirAsia mengumumkan jualan tiga hari untuk penerbangan domestik ke seluruh Malaysia dari 7 hingga 9 Disember 2020 di laman airasia.com dan Asean super app. Tambang termasuk semua untuk Ahli BIG bermula daripada RM12* sehala, untuk tempoh perjalanan antara 14 Disember 2020 dan 30 Jun 2021.
Semua tempahan penerbangan yang dibuat sekarang hingga 31 Disember 2020 dengan tempoh perjalanan dari sekarang hingga 31 Mac 2021 boleh membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan untuk pertukaran penerbangan melalui pautan Tempahan Saya.
Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata, “Kesihatan dan keselamatan anda adalah keutamaan kami. Jadi, kami sentiasa komited untuk memberi jaminan ini kepada anda dalam penerbangan kami dan telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan dan kebersihan untuk memastikan anda tiba dengan selamat di destinasi anda. AirAsia juga telah menerima pengiktirafan tujuh bintang teratas daripada pakar keselamatan industri penerbangan Airlineratings.com, berikutan pelaksanaan pelbagai inovasi industri yang menjadikan pengalaman perjalanan lebih lancar dan selamat dengan ciri-ciri tanpa sentuhan.
“Perjalanan udara domestik adalah salah satu sektor penting untuk menghidupkan kembali ekonomi, dan AirAsia memuji usaha kerajaan menangani pandemik ini di samping memulihkan ekonomi. Baru-baru ini, kami telah mengumumkan lapan laluan domestik baharu dan menjangka promosi Cuti-Cuti Malaysia yang bermula daripada RM12 ini akan memenuhi permintaan perjalanan domestik.
“AirAsia juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi menawarkan e-baucar bernilai RM50 untuk kempen Cuti-Cuti Malaysia yang diumumkan pada 24 November. Bagi mereka yang telah menebus e-voucher tersebut, ini adalah peluang terbaik untuk menggunakannya.”
Seperti yang digariskan di dalam laman web Airlineratings.com, syarikat penerbangan dinilai berdasarkan tujuh kriteria termasuklah maklumat yang menyeluruh mengenai prosedur COVID-19 di laman web, pemakaian pelitup muka, pemakaian peralatan perlindungan diri oleh kru kabin, perkhidmatan hidangan dalam penerbangan yang diubah suai, pembersihan pesawat berkala, peralatan pembersih peribadi dan penjarakan fizikal di dalam penerbangan.
Di AirAsia, kesihatan dan keselamatan para tetamu adalah keutamaan kami. AirAsia juga telah memperkenalkan langkah-langkah keselamatan baharu bagi para tetamu di sepanjang perjalanan termasuk sebelum, semasa dan selepas penerbangan.
Untuk maklumat terkini mengenai syarat dan keperluan kemasukan ke Sabah dan Sarawak, sila layari halaman Keperluan Perjalanan AirAsia.
Untuk berita, aktiviti dan promosi terkini, ikuti airasia di Twitter (twitter.com/airasia), Facebook (facebook.com/airasia) dan Instagram (instagram.com/airasia).
*Tambang ahli adalah untuk perjalanan sehala termasuk cukai dan yuran. Tambang bukan ahli bermula RM18. Rujuk Terma dan Syarat di sini.