Tan‌ ‌Sri‌ ‌Tony‌ ‌Fernandes‌ ‌bersedia‌ ‌untuk‌ ‌menghantar‌ ‌pesanan‌ ‌airasia‌ ‌ food‌ ‌anda‌

Tony-Delivery_aacom_Push-Noti.png

Kuala Lumpur, 9 Disember 2020 - Sempena musim perayaan ini, pesan makanan kegemaran anda melalui airasia food.

airasia food menawarkan pelbagai diskaun daripada 10% hingga 50% untuk peniaga terpilih bermula sekarang hingga 25 Disember 2020. Sempena perayaan Krismas, tempah hidangan istimewa dari Soh.ya & Joshijosh seperti ayam belanda panggang, kambing panggang dan pelbagai jenis set makanan bertemakan hidangan Krismas; untuk hidangan Asia, cubalah hidangan Nyonya Pulau Pinang yang asli oleh Mamalee; untuk pencuci mulut pula, nikmati manisan berasaskan soya oleh Dáo. Kekal sihat dengan minuman kombucha berperisa edisi terhad oleh WonderBrew Kombucha yang menawarkan set 6 botol, sesuai untuk seisi keluarga atau sebagai hadiah.

Untuk menjadikan musim perayaan ini lebih istimewa, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan airasia Tan Sri Tony Fernandes bersama-sama skuad penghantaran makanan kami akan membuat kejutan kepada para pelanggan.

Para pelanggan hanya perlu taipkan "Ho Ho Ho" dalam ruangan arahan penghantaran pesanan airasia food mereka, dan berpeluang menerima kunjungan Tony di hadapan pintu rumah mereka. Kempen ini hanya terbuka untuk penduduk di Lembah Klang sahaja. Layari airasia.com/food untuk membuat pesanan.

Ketua airasia food Sabrina Khaw berkata: “Setelah melihat gambar penghantaran makanan yang dimuat naik oleh Tony di laman Instagram, kami menerima banyak pertanyaan daripada pelanggan kami yang tidak sabar untuk bertemu beliau. Kami berbesar hati untuk mengesahkan bahawa Tony telah menyusun jadualnya dan akan melakukan kejutan penghantaran di Lembah Klang. Jangan lupa tinggalkan pesanan anda kepada Uncle Tony setiap kali anda memesan daripada airasia food dan anda mungkin menjadi pelanggan bertuah yang menerima pesanan anda daripada beliau!”

airasia food juga menawarkan promosi penghantaran percuma secara berkala dalam jarak penghantaran sejauh 20km. Untuk menikmati lebih penjimatan, bayaran juga boleh dibuat dengan BIG Poin. Untuk berita, aktiviti dan promosi terkini, ikuti airasia food di Facebook (facebook.com/airasiafood) dan Instagram (instagram.com/airasiafood).

Sebagai salah satu perniagaan di bawah airasia.com Asean super app, airasia food adalah menawarkan penyelesaian penghantaran makanan yang lancar dan berpatutan untuk pelanggan dan pemilik restoran. Para peniaga makanan dan minuman yang berminat untuk menyertai rangkaian airasia food boleh menghubungi food@airasia.com.