AirAsia umum laluan unik terus ke Ahmedabad, India
Penerbangan 4 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Ahmedabad bermula 29 April 2020
SEPANG, 4 FEBRUARI 2020 – AirAsia hari ini mengumumkan laluan baharu unik ke bandar Ahmedabad dari Kuala Lumpur dengan kekerapan empat kali seminggu bermula 29 April 2020. Perkhidmatan baharu ini akan menyokong pasaran besar merangkumi 62 juta populasi di negeri Barat India, Gujarat tersebut dengan tambang promosi bermula RM199* sehala.
Berikutan daripada pengumuman Kerajaan Negara India mengurangkan bayaran bagi visa elektronik India dari USD100 (e-visa pelancongan kemasukan berganda) sebelum ini ke USD10 (e-visa pelancongan 30-hari dari April ke Jun; USD25 dari Julai ke Mac) bagi semua rakyat Malaysia yang layak, serta merta menurunkan kos visa sebanyak 90% bagi pelancong Malaysia. (Untuk maklumat lanjut: https://indianvisaonline.gov.in/evisa/tvoa.html)
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail berkata, “India kini menjadi destinasi pelancongan yang lebih berpatutan dan ini adalah masanya untuk memulakan pengembaraan anda. Kami turut menganjurkan jualan besar-besaran ke semua destinasi India yang mempunyai perkhidmatan penerbangan kami, termasuk laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Ahmedabad. Pada masa yang sama, kos bagi e-visa pelancongan bagi rakyat Malaysia kini juga pada bayaran yang terendah.”
“Kami berterima kasih kepada kerajaan India kerana mengurangkan kos visa bagi rakyat Malaysia untuk mempromosi pembangunan sektor pelancongan. India adalah destinasi yang perlu dilawati yang lazimnya tertera dalam senarai destinasi pelancongan impian orang ramai dan kami yakin kempen promosi dan jaringan penerbangan yang terluas kami akan merangsang perjalanan ke India dan pada masa yang sama mengalu-alukan kedatangan pelancongan dari India untuk melawat Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020,” tambah Benyamin.
Tambang termasuk semua bagi ahli BIG dari Kuala Lumpur ke Ahmedabad kini tersedia untuk tempahan di airasia.com dari RM199* sehala bagi tempat duduk biasa dan RM899* sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah. Promosi berlangsung hingga 16 Februari bagi perjalanan antara 29 April 2020 ke 30 Oktober 2020.
Bagi tempoh promosi yang sama, AirAsia turut melancarkan kempen jualan “Chalo! India” bagi meraikan bayaran e-visa yang lebih rendah. Terbang dari Kuala Lumpur ke Bhubaneswar, Cochin, Kolkata bermula dari serendah RM229 sehala, atau ke Jaipur, Delhi, Amritsar dari serendah RM299 sehala. Semua tambang promosi tersedia untuk tempahan di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia.
“Chalo! India” yang bermaksud Jom ke India (Let’s Go! India) adalah kempen jualan AirAsia bagi menjemput para tetamu untuk meneroka keunikan budaya India, landskap indah, seni bina yang menarik dan hidangan yang enak. Secara kumpulan, AirAsia terbang ke 18 negeri di India, dengan 91 kekerapan penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur ke 12 bandar di India.
Bandar Ahmedabad terkenal dengan kekayaan warisan seni bina yang dikelilingi tembok sekitar bandar yang dibina pada kurun ke-15. Bandar ini adalah antara bandar India pertama yang diiktiraf UNESCO World Heritage City pada tahun 2017. Para pelawat boleh menikmati keindahan masa lampau di Bhadra Fort, keajaiban Adalaj Stepwell, mencari ketenangan di Kuil Hutheesing Jain dan memberi penghormatan kepada Mahatma Gandhi di Sabarmati Ashram, di mana beliau tinggal selama lebih 12 tahun. Dengan kekayaan budaya dan seni bina yang gah, para pelancong akan meninggalkan Ahmedabad dengan pelbagai kejutan manis yang ditawarkan oleh bandar ini.
Untuk mengetahui maklumat lanjut dan berita terkini mengenai aktiviti dan promosi AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/airasia).