Permainan "Points Catcher" kembali dengan 7.7 juta BIG Poin untuk direbut

Sertai permainan dalam aplikasi BIG Loyalty dan dapatkan hingga 888 BIG Poin setiap hari!

Raya Points Catcher Game_BM.jpg

KUALA LUMPUR, 20 May 2020 - BIG Loyalty menyambut Hari Raya dengan membawa kembali permainan "Points Catcher" yang popular dalam aplikasinya dan memberikan 7.7 juta BIG Poin bagi memberi ganjaran kepada ahlinya.

Dari hari ini hingga 29 Mei 2020, Ahli BIG boleh log masuk ke aplikasi BIG Loyalty untuk menyertai permainan yang diinspirasikan oleh mesin claw - pemain perlu menggerakkan pencengkam dan memilih emotikon Raya yang mengandungi pelbagai denominasi BIG Poin dengan nilai tertinggi sebanyak 888 BIG Poin. Ahli BIG digalakkan untuk log masuk ke dalam permainan setiap hari sepanjang tempoh 10 hari kempen ini kerana terdapat pengganda harian BIG Poin dalam permainan tersebut yang akan meningkatkan dan menggandakan BIG Poin yang dimenangi pada hari berkenaan. Tahap gandaan akan meningkat setiap hari apabila ahli log masuk berturut-turut dan bermain setiap hari.

Pada akhir April yang lalu, BIG Loyalty telah menaik taraf aplikasinya dengan ciri-ciri tambahan yang menawarkan Ahli BIG lebih banyak pilihan untuk menggunakan BIG Poin mereka selain penerbangan dan percutian. Ahli BIG kini boleh menggunakan BIG Poin untuk menebus BIG Deals - pelbagai baucar tawaran gaya hidup seperti makanan dan minuman, membeli-belah, perkhidmatan dan hiburan.

Raya BIG Deals_BM.jpg

Bersempena dengan perayaan Raya, BIG Loyalty menawarkan "Tawaran BIG Raya" dengan promosi *50% dan tawaran *RM1 di mana Ahli BIG boleh menebus dengan hanya 125 BIG Poin, termasuk tawaran daripada Huawei, Farmasi Caring, Hermo, Potboy, Dome Cafe, dahmakan, MPHOnline, Photobook, Pixajoy dan Flower Chimp. Ahli yang tidak mempunyai BIG Poin yang mencukupi boleh membeli BIG Poin sebagai tambah nilai dengan mudahnya di dalam aplikasi untuk melengkapkan penebusannya.

Spencer Lee, Ketua Pegawai Eksekutif BIGLIFE Sdn Bhd berkata, “Hari Raya tahun ini tidak akan sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Dengan adanya penjarakan sosial, kebanyakan orang akan menggunakan peranti mereka untuk tetap berhubung dengan orang kesayangan. Kami berharap permainan “Points Catcher” dapat menambahkan kemeriahan di perayaan ini dan Ahli BIG dapat menggunakan BIG Poin percuma dari permainan ini untuk menebus tawaran kegemaran mereka di aplikasi BIG Loyalty.”

BIG Poin telah berkembang daripada hanya mata kesetiaan kepada mata wang digital. Ahli BIG boleh memperoleh BIG Poin apabila mereka berbelanja dengan lebih daripada 300 rakan kongsi termasuk portal dalam talian, kedai luar talian, institusi kewangan dan banyak lagi. Ahli BIG juga boleh memperoleh Poin BIG atas perbelanjaan harian dengan menggunakan Kad Kredit AirAsia. Sebagai sebahagian daripada promosi Raya, Ahli BIG dapat menikmati **RM200 ‘Cashback’ dan **5,000 BIG Poin Bonus apabila mereka memohon Kad Kredit AirAsia sebelum 30 Jun 2020 di www.airasiacards.com

Untuk maklumat lanjut mengenai BIG Poin, muat turun aplikasi BIG Loyalty atau ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram.

*Sah sehingga 31 Mei 2020. Sementara stok masih ada.

**Tertakluk kepada terma dan syarat.