BIG Loyalty memperkenalkan watak Pakar BIG Poin, BIGGIE

Sertai Peraduan Instagram #MyBIGGIEBuddy untuk merebut 500,000 BIG Poin!

Hello BIGGIE_MYMY.jpg

Kuala Lumpur, 29 Jun 2020 - Untuk membantu Ahli BIG memanfaatkan BIG Poin mereka dengan sebaik-baiknya, BIG Loyalty memperkenalkan watak ‘Pakar BIG Poin' bernama ’BIGGIE‘. BIGGIE mempunyai  misi untuk mendidik Ahli BIG cara yang lebih bijak untuk meraih BIG Poin dengan pantas, dan cara baru untuk menggunakan BIG Poin supaya mendapatkan lebih ganjaran dan penjimatan.

’Kelahiran‘ BIGGIE diilhamkan oleh Ketua Pegawai Kewangan syarikat BIG Loyalty, Sereen Teoh. Teoh sangat arif dalam kaedah untuk meningkatkan BIG Poin dengan setiap pembelian. Cara kreatifnya memaksimumkan perolehan BIG Poin memberi inspirasi kepada kami untuk mencipta watak comel dan cerdas ini untuk berkongsi kebijaksanaannya agar Ahli BIG dapat mempertingkatkan pengalaman ganjaran bersama program BIG Loyalty. 

Walaupun saiznya kecil, tetapi BIGGIE mempunyai gaya yang tersendiri. BIGGIE suka bermain, suka mengembara dan sentiasa mencari tawaran yang hebat. BIGGIE juga mempunyai kuasa  ajaib yang terletak di dalam antena frekuensi tinggi di bahagian atas kepalanya yang boleh mengesan Ahli BIG yang memerlukan bantuan.

Spencer Lee, Ketua Pegawai Eksekutif BIGLIFE Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan program kesetiaan BIG Loyalty berkata, "Tujuan di sebalik watak BIGGIE adalah untuk membantu Ahli BIG menjadi pembeli yang bijak dengan memberikan petua dan nasihat dengan pendekatan yang lebih mesra dan ringan hati.  Ekosistem rakan kongsi kami yang mantap terdiri daripada kategori gaya hidup, pelancongan dan perkhidmatan kewangan. Ahli BIG boleh meraih BIG Poin setiap hari apabila mereka menjamu selera, membeli-belah, mengendalikan aktiviti perbankan, melancong dan banyak lagi; dan mereka boleh menggunakan BIG Poin untuk menebus pengalaman yang mereka minati. Di sepanjang proses ini, BIGGIE akan sentiasa berada di sisi untuk menyokong mereka."

Peraduan Instagram #MyBIGGIEBuddy

BIGGIE akan memberikan 500,000 BIG Poin dalam peraduan Instagram #MyBIGGIEBuddy dari 29 Jun hingga 31 Julai 2020 (5 minggu). Ikuti arahan di bawah untuk sertai:

  1. Ikuti @airasiabig di Instagram

  2. Muat naik Instagram story anda sendiri menggunakan pelekat GIF BIGGIE (cari 'airasiabig' di bawah GIF dalam IG story)

  3. Masukkan @airasiabig pada IG story anda dan gunakan hashtag #MyBIGGIEBuddy

10 IG story terbaik setiap minggu akan memenangi 10,000 BIG Poin masing-masing. Tertakluk pada terma dan syarat.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram untuk mendapatkan maklumat mengenai tawaran dan petua BIG Poin dari BIGGIE. Muat turun aplikasi BIG Loyalty, daftar sebagai Ahli BIG dan mulailah perjalanan BIG anda! #EarnBIGLiveBIG