Inisiatif ‘Korban Perdana dengan IKHLAS’ santuni 1,600 keluarga yang memerlukan

Ikhlas Kamarudin, Ketua IKHLAS (barisan hadapan kiri), Mohd Jasri Ikmal Hijaz, Ketua Komersial Mahsuri Food (barisan hadapan kanan), Dato' Fizz Fairuz, selebriti usahawan (barisan kedua, ketiga dari kanan) bersama wakil NGO di Korban Perdana dengan …

Ikhlas Kamarudin, Ketua IKHLAS (barisan hadapan kiri), Mohd Jasri Ikmal Hijaz, Ketua Komersial Mahsuri Food (barisan hadapan kanan), Dato' Fizz Fairuz, selebriti usahawan (barisan kedua, ketiga dari kanan) bersama wakil NGO di Korban Perdana dengan IKHLAS.

KUALA LUMPUR, 2 Ogos 2020 - IKHLAS, jenama perniagaan baharu di bawah naungan AirAsia.com yang ditubuhkan khusus untuk komuniti Muslim telah menganjurkan inisiatif ‘Korban Perdana dengan IKHLAS’ untuk membantu 1,600 keluarga yang memerlukan di kawasan Lembah Klang. 

Sejumlah 11 ekor lembu telah dikorbankan, di mana 10 ekor ditaja oleh IKHLAS dan seekor oleh Mahsuri Food (M) Sdn Bhd. 

Sebanyak 1,600 keluarga menerima sumbangan tersebut yang terdiri daripada Pertubuhan bukan kerajaan, rumah anak yatim dan madrasah di kawasan Lembah Klang.  

Inisiatif tersebut turut mengagihkan bahagian korban secara inovatif di mana daging daripada seekor lembu diperuntukkan kepada restoran Santan untuk menyediakan hidangan yang siap dimakan dan akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan di kawasan Subang Jaya.

Turut serta dalam majlis tersebut adalah Ikhlas Kamarudin, Ketua IKHLAS, Mohd Jasri Ikmal Hijaz, Ketua Komersial Mahsuri Food, serta selebriti dan usahawan tempatan Datuk Rosyam Nor dan Dato’ Fizz Fairuz. 

Ikhlas Kamarudin, Ketua IKHLAS berkata, “Tahun ini, kita menyambut Hari Raya Aidiladha dengan cara baharu. Walau bagaimanapun, niat kita kekal sama kerana kita terus melaksanakan kewajipan dan melakukan ibadah korban tidak kira di mana kita berada. Inisiatif pertama kami iaitu ‘Korban dengan Ikhlas’ mendapat sambutan yang mengalakkan dan kami teruja untuk terus menyediakan perkhidmatan lain yang mudah dan lancar untuk umat Islam memenuhi kewajipan mereka melalui IKHLAS.   

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menempah korban melalui perkhidmatan atas talian dengan IKHLAS. Bersama-sama kita menjadikan sambutan Hari Raya Aidiladha lebih bermakna kepada mereka yang memerlukan, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di 35 buah negara lain yang merupakan sebahagian daripada inisiatif ‘Korban dengan IKHLAS,” tambah Ikhlas.

IKHLAS merupakan jenama perniagaan baharu di bawah naungan AirAsia.com yang ditubuhkan khusus untuk komuniti Muslim di seluruh dunia dengan menyediakan akses untuk pelbagai amalan berasaskan keimanan. Ini termasuk kewajipan agama seperti Umrah, Korban dan pilihan gaya hidup berasaskan hukum Syariah.

Untuk maklumat lanjut mengenai tabung bantuan dan inisiatif akan datang, layari ikhlas.com, atau melalui laman sosial di Instagram ikhlasdotcom dan Facebook ikhlasdotcom.