Nikmati percutian mewah dengan Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu

20200824_SNAP_FLASH_SALE_KV_MY.jpg

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2020 - Nikmati percutian di resort mewah dengan SNAP, platform penerbangan dan hotel AirAsia.com, yang menawarkan Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu, jualan kilat dengan kerjasama resort dan hotel mewah untuk terus meningkatkan pelancongan domestik dan menyokong perniagaan tempatan.

Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu ini akan berlangsung pada setiap hari Rabu dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang (GMT +8) di laman web AirAsia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia. Pada setiap minggu, kami menampilkan resort mewah terpilih dengan tambang yang berpatutan seperti tawaran pertama pada 26 Ogos 2020 ini iaitu Vivanta by Taj - Rebak Island, sebuah resort bertaraf lima bintang di Langkawi, termasuk penerbangan pergi balik dan penginapan hotel selama 3 hari 2 malam bermula hanya RM99* seorang.

Hotel-hotel mewah lain yang turut serta dalam Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu akan diumumkan pada setiap minggu di halaman Facebook AirAsia dan AirAsia.com.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia.com Karen Chan berkata: “Ini adalah peluang keemasan untuk anda menikmati percutian mewah di AirAsia.com. Sama ada bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan, nikmati pakej penerbangan dan penginapan dengan harga yang tiada tandingan.

“Menerusi pelancaran Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu, kami berharap usaha ini akan terus menyumbang kepada peningkatan pelancongan domestik dan memberikan pengalaman percutian berpatutan kepada rakyat Malaysia. Kami memilih Langkawi sebagai destinasi pada minggu ini, dan kami akan memperkenalkan tawaran yang sama di destinasi domestik yang lain tidak lama lagi. Kami juga berharap untuk bekerjasama dengan rakan hotel yang lain untuk menawarkan nilai terbaik.”

Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu hanya tersedia untuk hotel yang telah ditentukan terhad mengikut bilik dan tempoh penginapan. Pakej ini sah untuk jenis bilik terpilih dengan penginapan minimum selama 2 malam. Sebarang tambahan akan dikenakan pada harga semasa, dan tertakluk kepada terma dan syarat lain.

Untuk berita, aktiviti dan promosi terkini AirAsia, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook acebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Harga yang tertera pada bahan promosi adalah untuk setiap orang bagi bilik berkembar dan termasuk semua tambang penerbangan pergi balik dan penginapan selama 3 hari 2 malam, yang mungkin berbeza mengikut tarikh dan ketersediaan. Sekatan tambahan seperti penginapan minimum, tarikh tersedia, ketersediaan bilik dan pembelian awal mungkin dikenakan. Harga yang dinyatakan adalah contoh untuk destinasi dan hotel yang dinyatakan di atas. Sila rujuk terma dan syarat penuh di https://air.asia/w5cq7.