Kursus pembangunan percuma untuk PKS melalui kolaborasi airasia academy dan Google Malaysia
Memperkasakan PKS untuk mempelajari dan menambah baik diri dengan kemahiran baharu di dalam dunia digital ini
Kuala Lumpur, 15 Oktober 2021 - airasia academy (dahulunya dikenali sebagai Redbeat Academy), cabang pendidikan teknologi airasia Digital hari ini mengumumkan kolaborasi bersama Google Malaysia sebagai sebahagian daripada inisiatif Program BINA Digital untuk menyediakan kursus digital percuma kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan di Malaysia.
Kolaborasi ini bertujuan untuk memperkasakan komuniti PKS dalam mempelajari dan menambah baik diri mereka dengan kemahiran baharu seperti mendigitalisasikan perniagaan mereka, kekal relevan, mempunyai set kemahiran digital baharu dan terus berjaya dalam perniagaan mereka.
Google Primer adalah aplikasi mudah alih yang menawarkan pembelajaran yang lancar dan mudah untuk membantu peniaga dan individu mengembangkan kemahiran dan mencapai matlamat mereka. Pelbagai kursus percuma kini tersedia untuk PKS atau mana-mana individu yang berminat untuk belajar melalui Platform Pembelajaran Sesuai Permintaan (On-Demand Learning) di redbeatacademy.com. Topik seperti bagaimana untuk memulakan perniagaan anda sendiri, menguruskan pasukan anda, atau memasarkan produk anda kini tersedia dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Semua kandungan pembelajaran telah direka khas untuk membantu PKS menerapkan aspek digitalisasi dan menambah baik perniagaan mereka pada masa mencabar ini.
Melalui kolaborasi ini, 50 pelajar airasia academy yang telah melengkapkan kursus siri Primer pada 31 Oktober 2021 akan mendapat tawaran istimewa untuk melanggan pelbagai kursus di Platform Pembelajaran Sesuai Permintaan (On-Demand Learning) dengan hanya RM10 setiap bulan. Mereka juga berpeluang untuk memenangi kursus Pembelajaran oleh Tenaga Pengajar (Instructor-Led Training) airasia academy dan makan tengah hari bersama Aireen Omar, Presiden airasia Digital apabila mereka selesai mengikuti kursus siri Primer tersebut.
Aireen Omar, Presiden airasia Digital berkata, “PKS adalah antara dasar utama ekonomi kita. Pada masa mencabar ini, kami lihat ramai PKS tempatan bergelut untuk bertahan dan kami mahu terus memainkan peranan dengan menyediakan akses percuma kepada mereka yang memerlukan untuk memastikan mereka dilengkapi dengan set kemahiran teknologi untuk memperkembangkan perniagaan mereka. Banyak perniagaan kadangkala tidak pasti dari mana untuk bermula dan kami percaya kursus percuma ini dapat menjadi panduan kepada mereka untuk mengambil langkah pertama dalam mempelajari kemahiran teknologi baharu. Kami berbesar hati untuk memulakan misi ini bersama Google Malaysia dan berharap untuk meningkatkan dan menambah baik beribu-ribu PKS di Malaysia dengan kemahiran digital baharu supaya mereka terus dapat memberi sumbangan positif kepada ekonomi.”
“Kursus percuma ini terdiri daripada sembilan kursus singkat untuk tahap permulaan, pertengahan dan lanjutan dengan topik-topik menarik seperti ‘Kembangkan perniagaan anda dan jana pendapatan’, ‘Bawa perniagaan anda dalam talian’, ‘Mulakan dengan iklan digital’ dan banyak lagi. Layari redbeatacademy.com atau klik pada ikon ‘Academy’ di airasia Super App untuk maklumat lanjut,” tambah Aireen.
Marc Woo, Pengarah Urusan Google Malaysia berkata, “Rakyat Malaysia meluangkan lebih banyak masa dalam talian dan seiring dengan pemulihan ekonomi, teknologi digital penting untuk membantu PKS menyesuaikan diri. Ini bermaksud apabila perniagaan mereka tersedia dalam talian, mereka dapat berhubung dengan pelanggan dengan lebih cepat dan seterusnya membantu meningkatkan ekonomi digital. Ini adalah masa yang amat penting untuk kita terus membantu para peniaga mempelajari set kemahiran digital. Kerjasama berterusan dengan rakan kongsi kami seperti airasia academy juga menjadikan kami lebih komited untuk memastikan setiap perniagaan menerima bantuan dan keperluan untuk kembali pulih dan meneruskan perniagaan dalam jangka masa panjang.”
airasia academy BINA Digital adalah program pembangunan khusus yang telah diperkenalkan pada tahun lepas yang menawarkan kursus dalam talian bagi PKS memulakan, membina dan mengembangkan perniagaan mereka dalam talian, serta meningkatkan keupayaan mereka untuk terus mengekalkan perkembangan dan pertumbuhan perniagaan. Sehingga kini, program ini telah memberi manfaat kepada lebih 3,000 PKS.
Untuk maklumat lanjut, layari redbeatacademy.com atau ikuti airasia academy di Facebook, airasia academy di Instagram dan airasia academy di YouTube.
Mengenai airasia academy (Sebelum ini dikenali sebagai Redbeat Academy)
airasia academy adalah pusat teknologi sehenti, kepimpinan dan inovasi bertujuan untuk memacu ekonomi digital di rantau ASEAN. Bersama-sama Google Cloud, airasia academy merupakan penganggu industri dalam pendidikan konvensional dengan merapatkan jurang antara pendidikan pengajian tinggi dan kemajuan industri di rantau ASEAN.
airasia academy memenuhi keperluan kemahiran terkini dengan menambah baik tenaga kerja sedia ada dengan industri yang relevan pada hari ini, menjadikan para pelajar kami berdaya saing dalam sektor pekerjaan dan pada masa yang sama melengkapkan mereka dengan set kemahiran yang diperlukan pada era ini.
Mengenai Google Primer
Google Primer adalah aplikasi mudah alih percuma yang menawarkan pelajaran yang lancar, senang difahami untuk membantu pemilik perniagaan dan individu yang ingin mengembangkan perniagaan dan kemahiran Pemasaran digital mereka.
Primer mengubah pandangan daripada pakar industri dipercayai kepada pelajaran interaktif tiada istilah dengan beberapa langkah praktikal untuk anda mencapai perniagaaan dan kerjaya anda. Pelajaran mengambil masa 5 minit atau kurang dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pemasaran emel, menguruskan kewangan anda dan banyak lagi.
Untuk mula belajar, muat turun aplikasi di telefon atau tablet anda. Kemudian pilih dari pelbagai topik yang ingin anda pelajari untuk perniagaan atau kerjaya anda.