IKHLAS rai Tahun Baru Cina bersama komuniti yang memerlukan dan warga emas
KUALA LUMPUR, 11 Februari 2021 - Dua unit perniagaan airasia Digital iaitu IKHLAS, cabang perniagaan mesra muslim dan airasia farm bekerjasama untuk membawa kemeriahan Tahun Baru Cina kepada komuniti yang memerlukan dan warga emas di empat buah rumah di sekitar Lembah Klang semalam.
Sejumlah 660 kilogram sayur-sayuran segar, buah-buahan, daging dan ikan telah diagihkan kepada lebih 220 orang dari golongan yang memerlukan bantuan dan juga warga emas dari Rumah Orang Tua Yi Xing USJ, Rumah Amal USJ1, Persatuan Kebajikan Kanak Kanak Terencat Akal Malaysia Petaling Jaya dan Rumah Sun Beam Ampang.
Ikhlas Kamarudin, Ketua IKHLAS berkata: “Sambutan tahun ini semestinya amat berbeza namun semangat bantu membantu masih kekal sama. Dengan kedatangan Tahun Baru Cina ini, kita perlu mengingati dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Ini adalah minggu yang istimewa buat kami kerana kami dapat mengagihkan sumbangan mingguan kami untuk komuniti yang meraikan sambutan Tahun Baru Cina. Kami berharap bantuan yang dihulurkan ini akan sedikit sebanyak membawa kemeriahan kepada mereka dan semoga tahun baharu ini akan membawa kebahagian dan kesihatan kepada semua. Gong Xi Fa Cai!”
‘Derma Dengan IKHLAS’ merupakan inisiatif derma digital awam yang merepakan sebahagian daripada perkhidmatan sedekah IKHLAS. Setiap minggu, pasukan IKHLAS akan mengagihkan barangan termasuk makanan dan barangan keperluan harian kepada mereka yang memerlukan di seluruh negara. Orang awam boleh menyertai program ini dengan menderma melalui ikhlas.com.
airasia farm (sebelum ini dikenali sebagai Ourfarm) adalah platform e-dagang perniagaan-ke-perniagaan (B2B) yang menghantar barangan segar dari ladang terus ke restoran.
Untuk maklumat lanjut mengenai tabung bantuan dan inisiatif akan datang, layari ikhlas.com, atau laman sosial di Instagram ikhlasdotcom dan Facebook ikhlasdotcom.