Pelajari dan tingkatkan kemahiran digital baharu di Redbeat Academy pada PKP 3.0 ini

Nikmati diskaun istimewa 30% untuk semua kursus bermula dari sekarang hingga 30 Jun 2021

Redbeat Academy special 30% discounts all courses.png

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2021 - Redbeat Academy, cabang teknologi pendidikan airasia Digital kini menawarkan diskaun istimewa 30% untuk semua kursus tersedia di Redbeat Academy bermula dari sekarang hingga 30 Jun 2021. 

Untuk menikmati diskaun istimewa 30% ini, layari redbeatacademy.com, pilih kursus dan masukkan kod promosi “RBABEST30” sebelum membuat pembayaran. Kod promosi ini boleh dipakai berulang kali untuk semua kursus yang tersedia. 

Dr Ram Gopal, Pengarah Strategi & Inovasi Redbeat Academy berkata, “Dengan pengumuman PKP 3.0 yang lebih ketat ini, kami di Redbeat Academy menggalakkan semua orang untuk menggunakan masa ini untuk mempelajari dan meningkatkan kemahiran digital diri. Laporan World Economic Forum (WEF) mengatakan, lapan daripada sepuluh pekerjaan pada masa akan datang di Malaysia melibatkan kemahiran digital dan ia juga meramalkan sebanyak 50% daripada semua pekerja perlu mempelajari kemahiran digital menjelang tahun 2025.     

Kita perlu menjalankan tanggungjawab untuk memutuskan rantaian pandemik ini dan menambah pengetahuan dalam tempoh ini adalah salah satu cara untuk mengisi masa lapang anda. Jangan risau jika anda tidak pasti di mana untuk bermula, layari laman web Redbeat Academy dan kami akan membimbing dan mencadangkan kursus yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Anda boleh memilih kursus pendek, kursus ‘byte size’ yang mengambil masa antara dua hingga lapan jam untuk menambah baik kemahiran anda atau kursus kemahiran baharu yang lebih komprehensif bagi mempersiapkan anda dengan kemahiran industri yang diperlukan dalam masa tiga atau enam bulan. Sesiapa sahaja boleh mempelajari kemahiran digital baharu dan apa yang penting ianya akan menambah nilai untuk diri dan di tempat kerja anda, selain menjadikan anda terus kekal relevan dalam dunia digital ekonomi yang berkembang pesat pada masa ini. Pelaburan yang terbaik adalah pelaburan dalam pendidikan anda.” tambah Dr Ram.    

Antara kursus yang tersedia termasuklah Pemasaran Digital, Keselamatan Siber, Analisis Data, Perisian Kejuruteraan, Reka Bentuk UX, Platform Google Cloud dan banyak lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kursus digital yang tersedia layari redbeatacademy.com

Untuk maklumat lanjut, layari redbeatacademy.com atau ikuti Redbeat Academy di Facebook dan Redbeat Academy di YouTube.


Mengenai Redbeat Academy
Redbeat Academy adalah pusat teknologi sehenti, kepimpinan dan inovasi bertujuan untuk memacu ekonomi digital di rantau ASEAN. Bersama-sama Google Cloud, Redbeat Academy merupakan penganggu industri dalam pendidikan konvensional dengan merapatkan jurang antara pendidikan pengajian tinggi dan kemajuan industri di rantau ASEAN. 

Redbeat Academy memenuhi keperluan kemahiran terkini dengan menambah baik tenaga kerja sedia ada dengan industri yang relevan pada hari ini, menjadikan para pelajar kami berdaya saing dalam sektor pekerjaan dan pada masa yang sama melengkapkan mereka dengan set kemahiran yang diperlukan pada era ini.