Jualan airasia Super Sale kembali lagi dengan lebih banyak tawaran untuk semua
Diskaun hingga 80% untuk tawaran e-dagang dengan Penghantaran Percuma*
Dapatkan lebih 7,500 BIG Poin untuk permohonan kad kredit atau pinjaman peribadi
NIkmati tawaran istimewa bagi penerbangan dan penginapan untuk perjalanan penting
KUALA LUMPUR, 5 Julai 2021 - Jualan airasia Super Sale kembali lagi bermula 5 hingga 11 Julai dengan tawaran menarik untuk semua orang di Asean. Nikmati lebih banyak perkhidmatan di airasia super app dengan tawaran tambahan e-dagang, produk kewangan dan nilai terbaik untuk perjalanan penting (essential travel).
Sepanjang tempoh Super Sale selama 7 hari, para pelanggan dapat menikmati diskaun sebanyak 30% daripada peniaga terpilih untuk penghantaran makanan di airasia food termasuk kombo hidangan Santan sepanjang hari hanya untuk RM7.90. Terdapat juga diskaun hingga 67% untuk hidangan terpilih dari Santan, diskaun hingga 50% daripada peniaga terpilih di airasia fresh dan diskaun hingga 80% untuk barangan kecantikan seperti produk penjagaan kulit, solekan dan wangian di airasia beauty.
Selain itu, dapatkan hingga 7,500 BIG Poin dan peluang untuk memenangi Fon Kepala Bluetooth Marshall MID A.N.C apabila anda memohon kad kredit atau pinjaman peribadi melalui airasia money. Selain itu, airasia Health menawarkan ujian RT-PCR daripada RM215 yang tersedia di Pusat Perubatan Subang Jaya.
Umat Islam yang ingin melaksanakan ibadah korban melalui IKHLAS, perniagaan mesra muslim juga boleh mengumpul BIG Poin untuk setiap MYR1 dibelanjakan di ikhlas.com atau aplikasi IKHLAS sepanjang tempoh Super Sale ini.
Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Group berkata, “Jualan airasia Super Sale yang dinanti-nantikan kini kembali lagi dan kami mempunyai pelbagai perkhidmatan tersedia untuk semua. airasia super app kini telah menjadi peneman gaya hidup dan menawarkan sesuatu untuk semua sepanjang masa. Dengan kejayaan penubuhan lebih 15 perkhidmatan gaya hidup dan produk bukan penerbangan di Malaysia, kami bakal menjadi peneraju super app pilihan di Asean dengan pelbagai rancangan pengembangan menarik yang akan diumumkan di negara-negara lain tidak lama lagi. Nikmati pengalaman yang ditawarkan melalui airasia super app sekarang dengan jualan Super Sale ini dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran dengan nilai terbaik.”
Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia super app berkata, “Kami teruja untuk membawa kembali jualan airasia Super Sale dengan pelbagai tawaran terbaik untuk perjalanan penting, pesanan makanan, barangan runcit, produk kecantikan, ujian RT-PCR, produk mesra muslim dan juga permohonan kad kredit dan pinjaman peribadi. Nikmati lebih banyak tawaran berbanding jualan 7 hari kami yang lalu dengan tawaran istimewa pada hari terpilih bagi produk tertentu dengan diskaun tambahan. Nantikan tawaran terhad pada hujung minggu sempena hari terakhir jualan airasia Super Sale ini. Muat turun aplikasi airasia super app hari ini dan nikmatilah jualan ini!”
Semua promosi sepanjang airasia Super Sale boleh didapati di airasia super app yang boleh dimuat turun melalui App Store atau Google Play Store selain daripada laman web airasia.com.
Ikuti @airasiadelivers dan @airasiatravels di Instagram dan Facebook untuk mengetahui promosi dan maklumat terkini.