airasia Super App lancar perkhidmatan e-panggilan dengan airasia ride
Nikmati perkhidmatan yang selamat tanpa was was kerana 100% pemandu airasia ride telah divaksin sepenuhnya
Guna kod promosi AARIDE3 untuk diskaun RM3 bagi perjalanan pertama anda!
KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2021 - Perkhidmatan e-panggilan terbaru, airasia ride kini dilancarkan di Kuala Lumpur hari ini. Perkhidmatan airasia ride menawarkan penumpang lebih kemudahan, lebih nilai, dan peluang pendapatan lebih baik untuk para pemandu, selain menyediakan perkhidmatan yang selamat kerana 100% pemandunya telah divaksin sepenuhnya.
Airasia ride telah dilancarkan secara rasmi menerusi sebuah majlis dalam talian oleh Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Group, Aireen Omar, Presiden airasia Digital, Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App, Kapten Ling Liong Tien, Ketua Penguatkuasaan Keselamatan airasia Group dan Ketua airasia ride serta Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif airasia ride Malaysia.
Para penumpang boleh mendapatkan diskaun RM3 untuk perjalanan pertama mereka dengan menggunakan kod promosi AARIDE3 bermula dari sekarang hingga 30 September 2021. Perkhidmatan e-panggilan airasia ride boleh ditempah menerusi ikon ‘Ride’ di airasia Super App atau layari laman airasia.com/ride. Perkhidmatan kini tersedia di kawasan Lembah Klang dan bakal berkembang ke bandar-bandar lain di seluruh Malaysia tahun ini.
Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “airasia sentiasa menawarkan kebebasan memilih kepada orang ramai. Kami telah menjadi peneraju dalam perkhidmatan udara dengan menerbangkan lebih 700 juta orang di seluruh dunia sejak 20 tahun yang lalu. Dengan airasia ride, matlamat kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan e-panggilan yang lebih mudah dengan memanfaatkan teknologi airasia Super App sepenuhnya untuk menawarkan pengalaman terbaik kepada pengguna. Perkhidmatan airasia ride turut mempunyai DNA tambang rendah kami di mana semua penjimatan perniagaan akan disalurkan kepada para penumpang melalui tambang terendah dan nilai terhebat dalam ekosistem e-panggilan yang amat kompetitif. Ini adalah sebahagian daripada inisiatif transformasi digital berterusan kami untuk menjadi Super App terbaik Asean yang akan dilancarkan di Thailand dan Indonesia tidak lama lagi.
Airasia sentiasa menawarkan kemudahan, fleksibiliti dan nilai terbaik, jadi airasia ride menawarkan penyelesaiaan perkhidmatan e-panggilan yang berbeza dan menarik melalui platform sehenti airasia Super App untuk pengalaman tempahan menyeluruh dari udara ke jalan raya. Dengan memanfaatkan aset data yang telah kami bina sejak 20 tahun lalu, airasia ride adalah peneraju baharu dalam industri e-panggilan dan perjalanan. Selain itu, airasia ride bukan sahaja membawa anda dari lokasi A ke B, tetapi ia juga menyediakan pengalaman pengguna menyeluruh untuk penumpang sebelum, semasa dan selepas penerbangan.
“airasia ride juga berpotensi untuk diintegrasikan dengan Teleport, cabang logistik kami untuk melengkapkan perkhidmatan logistik dan penghantaran dengan menggunakan kumpulan pemandu yang sama untuk kecekapan maksimum dan penjimatan kos, perniagaan e-dagang kami dan kemampuan perkhidmatan penghantaran dengan kapasiti dan jangkauan yang lebih besar. Kami juga mempunyai perancangan untuk bekerjasama dengan jenama kenderaan elektrik ke arah menerajui kelestarian mobiliti di Asean,” tambah Amanda.
Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif airasia ride Malaysia berkata, “Apa yang membezakan airasia ride dengan perkhidmatan lain di pasaran adalah data dan maklumat unik yang kami ada kerana kami adalah Super App yang memiliki syarikat penerbangan dan mempunyai cabang perniagaan yang kukuh termasuk e-dagang, teknologi kewangan, logistik dan kini e-panggilan. Ini membolehkan kami memanfaatkan data yang luas dan algoritma dimiliki Kumpulan airasia untuk menyediakan dan menghubungkan tempahan secara lancar kepada para penumpang kami daripada penerbangan dan pra-tempah kenderaan ke lapangan terbang hingga tempahan kenderaan untuk perjalanan pulang, semuanya dalam satu aplikasi. Tidak lama lagi, para penumpang juga boleh menggunakan BIG Poin untuk membayar perjalanan mereka dan dapat menikmati tambang terendah serta perjalanan PERCUMA, sama seperti promosi ikonik Tempat Duduk Percuma airasia.
“Para penumpang juga boleh memilih jenis kenderaan dan juga pemandu yang bersesuaian kerana kami mempunyai kumpulan pemandu daripada pelbagai komuniti. Saya juga teruja untuk berkongsi bahawa airasia ride melaksanakan konsep ‘pemandu diutamakan’ yang membolehkan para pemandu kami menerima pendapatan keseluruhan yang lebih tinggi dan kehidupan yang lebih baik. Pada masa ini, kami mempunyai seramai 1,500 pemandu berdaftar dan dengan pelan pengembangan ke seluruh negara, kami menjangka lebih 5,000 pemandu akan mendaftar dengan kami dalam masa 6 bulan ini,” tambah Lim.
Kapten Ling Liong Tien, Ketua Penguatkuasaan Keselamatan Kumpulan airasia dan Ketua airasia ride berkata, “Keselamatan adalah keutamaan kami. Selari dengan komitmen keselamatan kami, kami berbesar hati untuk berkongsi bahawa 100% pemandu kenderaan kami telah divaksin sepenuhnya dan kerap disaring untuk memastikan pengguna menikmati pengalaman menaiki kenderaan airasia ride yang selamat dan yakin bersama-sama kami. Melancarkan airasia ride merupakan pengalaman yang menarik bagi saya yang bermula sebagai juruterbang komersial dalam jabatan pengurusan hingga mengetuai cabang perniagaan e-panggilan untuk Super App. Kami telah bekerja keras selama beberapa bulan dan cabaran utama adalah mengubah minda kami daripada menyediakan perkhidmatan di atas awan kepada kenderaan darat. Saya amat berbangga dengan pasukan kami yang mampu menyesuaikan diri dengan cepat dan terbuka untuk mengubah perniagaan kami kepada digital dan menubuhkan airasia ride yang melengkapkan ekosistem airasia Super App.”
Para pemandu juga akan mempunyai informasi ketibaan penumpang dalam masa nyata, membolehkan mereka menguruskan masa dengan lebih baik dan mengurangkan masa menunggu jadi mereka boleh membuat lebih banyak perjalanan dan menjana lebih banyak pendapatan. Selain itu, para pemandu akan menerima 85% tambang bersih (tidak termasuk caj tol), yang mana lebih tinggi berbanding syarikat e-panggilan lain di pasaran, menjadikannya pilihan terbaik untuk menjana pendapatan.
Tambang airasia ride telah ditetapkan RM1 secara purata untuk setiap kilometer, tidak termasuk caj tol. Untuk kemudahan para penumpang, mereka juga boleh membuat tempahan mengikut permintaan (on-demand) atau pra-tempahan lebih awal. Antara ciri khas lain yang tersedia adalah pilihan ‘Allstar Ride’ yang dipandu oleh juruterbang atau kru kabin AirAsia.
Mereka yang berminat untuk menyertai pasukan airasia ride boleh mendaftar dengan memuat turun aplikasi pemandu airasia ride atau layari halaman ini untuk pendaftaran.
Untuk promosi dan tawaran istimewa airasia ride yang akan tersedia tidak lama lagi, ikuti @airasiasuperapp di Instagram.