Tawaran terbaik untuk makanan, barangan runcit dan produk kecantikan di airasia Super App sempena 9.9

KUALA LUMPUR, 7 September - Dapatkan semua keperluan anda di airasia Super App yang menawarkan nilai terbaik bermula sekarang hingga 12 September di airasia food, airasia grocer dan airasia beauty sempena promosi 9.9. 

Nikmati penghantaran makanan percuma, penjimatan untuk barangan runcit harian dan diskaun untuk barangan produk kecantikan yang berkualiti dan tulen, semuanya sempena jualan 9.9 untuk semua.

Antara tawaran hebat 9.9 di airasia Super App:  

Screenshot 2021-09-07 10.05.54 AM.png

Lim Ben-Jie, Ketua e-Dagang airasia Super App berkata, “Semua keperluan anda kini tersedia di hujung jari dengan airasia Super App. Sama ada anda ingin memesan makanan kegemaran, membeli barangan runcit atau mengikuti trend kecantikan terkini, kami menyediakan semuanya di satu platform dengan nilai terbaik untuk anda. Kami juga berbesar hati untuk berkongsi bahawa lebih ramai orang di serata Asean kini dapat menikmati tawaran penghantaran di airasia Super App kerana airasia food kini telah berkembang ke tujuh buah bandar dan tawaran ini akan diperkembangkan ke lebih bandar-bandar lain tidak lama lagi. Selain itu, airasia beauty kini menawarkan penghantaran ke seluruh Semenanjung dan airasia grocer kini tersedia di Lembah Klang, Kota Kinabalu dan tidak lama lagi di Pulau Pinang. Nikmati gaya hidup baharu di hujung jari anda hari ini dengan memuat turun airasia Super App dan dapatkan tawaran terbaik bermula sekarang hingga 12 September.” 

Para pelanggan juga boleh mengumpuli 10 kali ganda BIG Poin untuk pembelian di airasia grocer pada setiap hari Rabu, airasia food pada setiap hari Khamis, dan airasia beauty pada setiap hari Jumaat. 

Selain dari laman web, semua promosi sepanjang kempen airasia 9.9 tersedia di airasia Super App dan boleh dimuat turun melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery. 

Untuk maklumat dan promosi terkini, ikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook.