Daftar kursus menarik dengan hanya RM9.90 sempena Promosi 9.9 Siri Pembelajaran dalam talian Redbeat Academy
KUALA LUMPUR, 8 September 2021 - Orang ramai yang ingin mempelajari atau menambah baik diri dengan kemahiran baharu boleh mendaftar untuk pelbagai kursus teknologi yang menarik dengan hanya RM9.90 setiap kursus sempena Promosi 9.9 Siri Pembelajaran dalam alian bermula dari 9 September hingga 30 September 2021.
Pendaftaran boleh dibuat dengan mudah melalui airasia Super App dan klik pada ikon ‘Academy’ atau layari redbeatacademy.com dan pilih pelbagai kursus seperti Analisis Data - Menggunakan data dengan cara baharu, Pemasaran Digital - Bina kepercayaan pelanggan dengan kempen yang lebih bijak; Reka Bentuk UX - Terokai strategi penjenamaan untuk perkembangan lebih luas dan banyak lagi.
Dr. Ram Gopal, Pengarah Strategi & Inovasi Redbeat Academy berkata, “Kursus yang amat berpatutan ini bukan sahaja menawarkan nilai terbaik untuk individu, malah memberi faedah jangka panjang dengan mengajar mereka kemahiran teknologi yang diperlukan pada masa ini di mana keperluan pekerjaan sentiasa berubah. Kursus yang berpatutan ini terdiri daripada modul pembelajaran kendiri yang membolehkan individu untuk berkembang, mempelajari kemahiran digital baharu dan menyediakan langkah permulaan bagi kursus yang lebih terperinci dan kursus lanjutan. Kami berharap orang ramai akan mengambil peluang ini untuk mendaftar dan terus belajar agar tidak ketinggalan dalam dunia digital ini.”
Setiap kursus untuk Promosi 9.9 Siri Pembelajaran dalam talian Redbeat Academy ini dijalankan selama 60 minit dan dilatih oleh tenaga pengajar pakar yang berkelayakan dalam bidang masing-masing. Pemilihan topik juga diteliti oleh tenaga pengajar kami berdasarkan topik industri semasa dan relevan. Jadual penuh dan topik-topik boleh dilihat di sini.
Pendaftaran untuk kursus promosi ini kini dibuka dan akan bermula pada September hingga Oktober 2021.
Setiap individu yang telah mendaftar juga akan menerima baucar tambahan RM30 untuk setiap pembelian Promosi 9.9 Siri Pembelajaran dalam talian ini. Baucar tersebut boleh digunakan untuk platform Pembelajaran Sesuai Permintaan (On-Demand Learning) oleh Redbeat Academy.
Platform Pembelajaran Sesuai Permintaan (On-Demand Learning) baharu ini membolehkan individu untuk belajar mengikut keselesaan, masa dan tempat pilihan mereka. Tidak kira untuk tujuan kerjaya atau menambah baik diri, platform ini menyediakan akses kandungan untuk mempelajari apa sahaja (All-You-Can-Learn) dan memperkasakan individu untuk mengambil latihan yang relevan berdasarkan apa yang mereka ingin pelajari pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Muat turun airasia Super App hari ini dan ketahui lebih lanjut mengenai kursus Redbeat Academy melalui ikon ‘Academy’ atau layari redbeatacademy.com. Ikuti Redbeat Academy di Facebook, Redbeat Academy di Instagram dan Redbeat Academy di YouTube untuk maklumat dan promosi terkini.