Tonton 88rising di Festival Muzik & Seni “Head in the Clouds” 2022 secara langsung di Jakarta & Manila dengan airasia Super App
Dapatkan sehingga 30% diskaun untuk tawaran tiket + penerbangan + hotel di Jakarta dan Manila mulai sekarang sehingga 8 Disember 2022
Kumpul 2X airasia poin untuk setiap tempahan
KUALA LUMPUR, 14 NOVEMBER 2022 - Anda merancang untuk menyaksikan Jackson Wang, NIKI, Joji, Rich Brian dan barisan 88rising yang lain di Festival Muzik & Seni “Head in the Clouds” 2022?
Rancang perjalanan bersama airasia Super App, di mana para peminat boleh merancang keseluruhan perjalanan mereka pada 3-4 Disember 2022 ini di Jakarta dan 9-10 Disember 2022 di Manila dengan diskaun hebat melalui platform tempahan perjalanan semua-dalam-satu.
Mulai sekarang sehingga 8 Disember 2022, para peminat boleh menyesuaikan perjalanan mereka ke festival tersebut dengan membeli tiket mereka (Kemasukan Umum atau VIP, termasuk pakej barangan VIP), sambil menambah penerbangan dan penginapan hotel di Jakarta dan Manila dengan diskaun sehingga 30% dengan mengklik pada ikon "Holidays" pada airasia Super App.
Tan Mai Yin, Ketua Pegawai Komersial airasia Super App berkata, “airasia Super App adalah aplikasi pengembaraan penuh di mana pelanggan bukan sahaja dapat menempah penerbangan airasia, malah untuk penerbangan bersama syarikat penerbangan lain, hotel, aktiviti percutian dan banyak lagi. Kami turut teruja untuk menyaksikan “Magic Man” dan barisan artis 88rising bersama para peminat mereka pada festival Head in The Clouds ini selepas dua tahun, dan kami berbesar hati untuk berkongsi keterujaan ini dengan tawaran yang menjadikannya lebih berpatutan dan bersesuaian untuk mereka merancang perjalanan mereka untuk menyaksikan penghibur kegemaran mereka secara langsung, semuanya pada satu platform.
“Dengan penerbangan AirAsia serta 700 syarikat penerbangan yang lain di seluruh dunia, lebih 700,000 hotel tersenarai dalam inventori kami dan pelbagai jenis rakan kongsi penyedia aktiviti percutian untuk dipilih, airasia Super app bersedia untuk memberikan tawaran terbaik kepada para pelanggan untuk acara dan festival muzik yang serupa dengan "Head in the Clouds'' dalam masa terdekat."
Para ahli boleh memperoleh airasia poin untuk semua pembelian mereka di airasia Super App, daripada penerbangan ke penginapan hotel, perjalanan airasia, makanan airasia dan banyak lagi. Sepanjang tempoh promosi, semua tempahan untuk Festival Muzik & Seni “Head in the Clouds” 2022 akan memperoleh pengguna 2X ganda mata airasia biasa. Gunakannya seperti wang tunai untuk menebus penerbangan PERCUMA, penginapan hotel dan tawaran gaya hidup dengan rakan kongsi eksklusif kami.
Ikuti perkembangan terkini untuk segala-galanya daripada airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/Facebook atau @airasia di WeChat/Weibo untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.