airasia lancar kempen #TimeToListen, galak mereka yang menghadapi prejudis dan diskriminasi untuk bersuara
Tonton video kempen rasmi pertama
airasia beri peluang bersuara dan perjuang hak pada golongan terpinggir
KUALA LUMPUR, 22 Februari 2022 - airasia telah melancarkan kempen kesedaran awam untuk menghentikan stigma dengan menonjolkan mereka yang berjaya mengatasi prejudis dan diskriminasi sosial serta menyediakan platform untuk mereka bersuara. Sebagai sebahagian daripada inisiatif jangka panjangnya, airasia hari ini melancarkan video berdurasi lima minit yang memaparkan pelbagai kisah dan pengalaman hidup mereka yang mewakili dan merangkumi kepelbagaian.
Ketua Pegawai Jenama airasia Rudy Khaw berkata: “Kemanusiaan sentiasa merupakan keutamaan kami di airasia. Jadi, amat penting bagi kami untuk memastikan kempen ini dilaksanakan dengan sejujurnya. Selepas beberapa perbincangan yang mendalam dan membuka mata, kami memutuskan cara terbaik untuk memperkasakan individu yang telah menghadapi prejudis dan diskriminasi sepanjang hidup mereka adalah dengan menawarkan platform untuk mereka didengari. Kami percaya jenama kami akan mencapai lebih ramai orang untuk berkongsi kisah mereka dan kami berbangga kerana dapat menyediakan platform ini. Dengan mendengar kisah mereka yang diceritakan dengan suara mereka sendiri, kami berharap ia akan dapat meningkatkan kesedaran dan menggalakkan semua orang untuk menghargai kepelbagaian di sekeliling kita secara kolektif.”
Personaliti yang dipaparkan dalam video tersebut ialah:
Airliftz – Penyanyi rap dan penerbit tempatan dengan kecacatan wajah
Andi Miranti – Pengarang dan ilustrator dengan autisme
Solomon Lim – Pemandu kereta dengan kecacatan pendengaran
Dinesh Raj – Allstar yang kurang upaya dari segi fizikal berikutan kemalangan
Puan Shiella – Ibu tunggal kepada dua orang anak dan terselamat daripada perkahwinan yang malang dan kini menguruskan badan NGO
Catherine – Salah seorang daripada pemimpin termuda dalam perniagaan airasia
Setiap seorang daripada mereka berkongsi kisah yang mempunyai mesej yang kuat dengan harapan dapat menggalakkan orang ramai untuk melihat prejudis yang mereka hadapi dan menghentikan stigma itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata: “airasia sentiasa mengutamakan orang ramai dan kami percaya dalam memberikan peluang sama rata kepada semua orang untuk menjadi yang terbaik, tanpa mengira kepercayaan, warna kulit, jantina, umur dan kecacatan mental atau fizikal. Kami memahami ramai orang dilayan secara berbeza di tempat kerja atau dalam masyarakat berikutan perkauman, seksisme, usia dan prejudis lain yang berleluasa dalam sistem kehidupan kita. Kami ingin membuka mata dan memulakan perbualan berkaitan stigma sosial dan mewujudkan ruang yang selamat di mana individu boleh meluahkan perasaan mereka secara bebas tanpa dihakimi. Sebagai perintis dalam mewujudkan kesaksamaan, kami berbangga kerana dapat memperbaharui komitmen untuk menghapuskan stigma dan memperjuangkan kepelbagaian bukan sahaja di tempat kerja tetapi dalam masyarakat yang lebih luas.”
Fasa kedua kempen tersebut yang akan bermula pada bulan Mac, adalah pelancaran platform di mana airasia menjemput orang ramai untuk berkongsi kisah mereka, atau mencalonkan dan berkongsi perjalanan individu yang telah melalui prejudis atau diskriminasi. Platform ini adalah untuk sesiapa sahaja yang ingin menceritakan kisah dari perspektif mereka sendiri dengan matlamat utama untuk menyedarkan dan menghapuskan stigma melalui kempen #TimeToListen airasia.