#AyokemBALI! Jom terokai lokasi yang wajib dilawati di Bali bersama airasia Super App
Melancarkan kempen #AyokemBALI untuk menjemput pelancong asing untuk menikmati pengalaman yang tidak akan dilupakan di Bali
Platform e-panggil, airasia ride menyediakan perkhidmatannya yang lancar untuk menerokai pulau tersebut
KUALA LUMPUR, 26 JANUARI 2023 - Bali, juga dikenali sebagai Pulau Dewata, mempunyai banyak pesona yang tiada tandingannya. Sejak sekian lama, mistik Bali telah menarik perhatian pelancong asing malah menjadi destinasi ikonik Indonesia di mata dunia. Malah, menurut data Badan Pusat Statistik Provinsi Bali, sepanjang Januari-November 2022, terdapat lebih 1.7 juta ketibaan pelancong secara langsung ke Bali. Jumlah ini melonjak kepada lebih 3.4 juta peratus dalam tempoh yang sama pada 2021.
Mengulas mengenai peluang hebat ini, Ketua Pemasaran airasia Super App Indonesia, Boni Andika berkata, "Sebagai aplikasi super pelancongan, kami sangat yakin dengan potensi pelancongan Bali, di mana ia telah menjadi destinasi ikonik Indonesia untuk pelancong asing di seluruh dunia, termasuk Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina. Pada awal tahun 2023 ini, airasia Super App melancarkan kempen #AyokemBALI dengan beberapa siri program menarik, seperti promosi airasia ride untuk pengangkutan e-panggilan di Bali, tempahan airasia hotels dan banyak lagi. Melalui program ini, kami menyasarkan untuk menyediakan pengalaman yang lebih bermanfaat dan lancar daripada aplikasi super perjalanan bersepadu kepada semua pengguna."
Teruja untuk melancong ke Bali? airasia Super App akan membantu anda untuk menerokai lokasi-lokasi istimewa yang boleh dilawati di Bali:
1. Aktiviti swasembuh dengan Melukat
Ramai orang melawat Bali untuk mengalami pengalaman penyembuhan diri. Sejak beberapa bulan lalu, ritual Melukat semakin popular dalam kalangan penduduk tempatan dan luar negara. Melukat adalah ritual penyucian jiwa Bali yang melibatkan air. Salah satu lokasi Melukat terbaik yang boleh anda cuba ialah Taman Air Terjun Beji Griya di kawasan Badung. Di bawah bunyi air yang melimpah, anda akan merasakan pengalaman rohani dengan melepaskan semua emosi negatif untuk mendapatkan tenaga tenang dan kebahagiaan secara dalaman. Destinasi permata tersembunyi ini pastinya patut dicuba bagi mereka yang sering berasa letih secara emosi kerana kerja atau rutin-rutin harian.
2. Alami pengalaman ‘Green Yoga’ di Ubud
Bagi mereka yang mencari ketenangan fikiran yang berkekalan, yoga pastinya merupakan salah satu alternatif terbaik! Tidak perlu risau untuk mencari tempat yoga yang sesuai, anda boleh menginap di Sankara Resort & Spa dan menyertai kelas yoga mereka. Terletak di kawasan Ubud yang tenang, anda mungkin mengalami meditasi yoga yang tenang dalam pemandangan semula jadi, dikelilingi oleh pokok hijau yang subur. Selain yoga, Sankara Resort & Spa juga menyediakan pelbagai aktiviti lain, seperti spa, kelas tarian Bali dan kelas memasak. Untuk tempahan hotel mampu milik yang lebih banyak, anda boleh membuat tempahan melalui airasia hotels di airasia Super App dengan kod promosi BESTPRICE untuk mendapatkan diskaun sehingga 15%.
3. Pengalaman Lompat Cenuram dari Air Terjun
Berbeza dengan dua destinasi santai sebelum ini, kami kini beralih kepada aktiviti mendebarkan di Air Terjun Aling-Aling. Terletak di kawasan Buleleng, ia mempunyai ketinggian kira-kira 35 meter dengan pesona semula jadi yang menyejukkan mata. Tidak dinafikan, keindahan pemandangan alam semula jadinya menarik minat pelancong tempatan mahupun asing. Tempat ini juga menawarkan pakej pelancongan untuk lompat cenuram dari ketinggian 5-10 meter. Adalah sangat disyorkan untuk anda ditemani oleh pemandu pelancong tempatan. Adakah anda berani mencuba?
4. Mahukan aktiviti yang lebih mencabar? Ayuh cuba berkanu!
Jika anda mencari aktiviti yang lebih mencabar, anda boleh mencuba berkanu di Pantai Gunung Payung. Hanya sejam dari lapangan terbang I Gusti Ngurah Rai, Pantai Gunung Payung adalah okasi permata tersembunyi sebenar yang hanya diketahui oleh segelintir orang. Ia dipenuhi dengan pasir putih halus, serta tempat tersembunyi yang indah di sebalik tebing. Untuk menikmati pengalaman berkanu, anda boleh menyewanya di tempat dengan harga yang berpatutan.
Untuk pengalaman perjalanan yang lancar, anda boleh membuat tempahan awal bersama airasia ride dengan ciri "Tempahan Berjadual". Bagi anda yang bercuti bersama keluarga, airasia ride turut menyediakan pilihan kenderaan berdasarkan jumlah penumpang.
Bersempena kempen ini, nikmati pelbagai promosi menarik dari airasia ride. Gunakan kod promosi BARURIDE untuk mendapatkan Diskaun 50% untuk perjalanan pertama anda, atau kod promosi SUPERRIDE dengan Diskaun IDR 15 ribu untuk tempahan anda yang seterusnya. Ahli akan mendapat mata airasia untuk semua pembelian mereka di airasia Super App. Gunakannya seperti wang tunai untuk menebus airasia food, penerbangan, airasia hotels, airasia shop, airasia gifts, SNAP dan banyak lagi.
Ikuti perkembangan terkini dengan segala-galanya daripada airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp.id di Instagram. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda daripada Apple App Store dan Google Play Store.