airasia academy bekerjasama dengan KSM lahirkan graduan TVET penuhi keperluan industri

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2023 - Cabang teknologi pendidikan Capital A, airasia academy menandatangani Memorandum Kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi menyediakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sejajar dengan piawaian industri dan memenuhi keperluan pasaran semasa.

Usahasama antara airasia academy dan KSM bertujuan untuk membangunkan bakat TVET yang menepati keperluan industri dengan kemahiran yang mendapat permintaan dan kebolehpasaran tinggi iaitu analisis data, kejuruteraan dan pembangunan perisian, pemasaran digital, keselamatan siber, infrastruktur awan, logistik dan penerbangan.

Pengarah Strategi dan Inovasi airasia academy, Dr Ram Gopal Raj berkata, “Kami bangga dan gembira dapat bekerjasama rapat dengan Kerajaan dan agensi-agensi di bawahnya. Merevolusikan sistem pendidikan TVET merupakan titik tolak yang penting untuk kami menambah baik sistem pendidikan nasional.

airasia academy merupakan platform pemudah cara pendidikan tercanggih di Asean dan kami yakin bahawa ia akan menjayakan usaha merealisasikan impian jutaan rakyat Malaysia. Kandungan eksklusif dan ciri-ciri hebat dalam satu pakej. Ini adalah kaedah paling pantas dan mudah untuk mengecapi kerjaya yang hebat. Ia terbuka kepada umum sekarang.”

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini menyeru kerjasama antara sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dipergiatkan dalam usaha memperkasakan TVET.

Menyedari kepentingan kolaborasi dan manfaat penglibatan industri bagi memastikan keberkesanan program TVET, pihak Kerajaan dan agensi-agensinya bekerjasama rapat dengan airasia academy untuk menganjurkan kursus TVET di institusi latihan dan kemahiran awam (ILKA) di seluruh negara.

Di samping menawarkan modul latihan dan pembangunan bakat, usahasama tersebut juga melibatkan peluang penempatan pekerjaan selain program meningkatkan kemahiran (upskill) dan kemahiran semula (reskill), langganan On-Demand Learning (ODL) dan juga penggunaan sistem pengurusan pembelajaran atau Learning Management System (LMS) airasia academy bagi memantau prestasi para pelajar.

Diiktiraf atas sumbangannya ke arah pembangunan modal insan Capital A (dahulunya dikenali sebagai AirAsia Berhad) oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDC) baru-baru ini, airasia academy memainkan peranan penting dalam membangunkan sumber tenaga teknologi untuk mengurangkan jurang bakat menerusi latihan ‘reskill dan upskill’ untuk tenaga kerja lama dan baru agar mereka tangkas dan kompetitif dalam ekonomi digital.

Platform teknologi pendidikan yang berkembang pesat itu menawarkan ekosistem komprehensif bagi memenuhi keperluan pembelajaran dan penempatan semua pelajar dengan ODL yang mampu milik, mudah diakses dan inklusif selain latihan pengajar diterajui atau Instructor-Led Training (ILT) bagi kursus teknologi popular seperti Pemasaran Digital, Infrastruktur Awan, Analisis Data, Kejuruteraan Perisian dan Keselamatan Siber sehingga LMS yang memperkemas proses pembelajaran selain Penempatan Kerja untuk para graduan.

Untuk maklumat lanjut tentang manfaat teknologi pendidikan airasia academy untuk diri dan organisasi anda, layari www.airasiaacademy.com.