Apabila Semangat Bertemu Matlamat: Tony’s Chocolonely kini tersedia di platform bebas cukai AirAsia MOVE

  • Perayaan Hari Natal dengan tawaran istimewa oleh AirAsia MOVE

KUALA LUMPUR, 23 Disember 2024 – Musim perayaan ini menjadi lebih bermakna! Nikmati perjalanan anda dengan Tony’s Chocolonely, jenama coklat yang kini tersedia di platform Bebas Cukai AirAsia MOVE pada harga eksklusif, menjadikan setiap perjalanan lebih ceria.

Bagi meraikan kerjasama ini, AirAsia MOVE telah mengadakan sambutan Hari Natal  yang penuh meriah di Terminal 2 KLIA hari ini dengan meraikan para pelancong. Para tetamu yang tiba di ruang pelepasan dan kawasan pengambilan bagasi diraikan dengan kotak hadiah istimewa yang mengandungi produk Tony’s Chocolonely dan produk bebas cukai AirAsia MOVE, persembahan hari natal  yang meriah oleh pasukan AirAsia MOVE, serta kemunculan Santa Claus oleh, Tony Fernandes. 

Jenama coklat Tony’s Chocolonely mempunyai misi  untuk mengekang eksploitasi di ladang koko. ar coklat yang tebal dan ikonik serta pembungkusan yang menarik, jenama ini memainkan peranan utama dalam memerangi buruh haram di ladang koko, sekaligus membawa impak positif melalui setiap rasa.

Kerjasama ini tercetus daripada hantaran  Tony Fernandes di LinkedIn yang tular mengenai jenama Tony’s Chocolonely yang mendorong kedua-dua pasukan dari AirAsia dan Tony’s Chocolonely untuk bertindak merealisasikan kerjasama ini. Ini merupakan kali pertama AirAsia menjual coklat bebas cukai dan dengan bangganya menjadi syarikat penerbangan Asia pertama yang menjual coklat Tony’s Chocolonely di dalam penerbangannya.

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, berkata: “Menjadi tuan rumah sambutan Hari Natal pada hari ini adalah satu pengalaman yang menggembirakan. Acara ini bukan sahaja satu sambutan malah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu kami atas sokongan mereka yang berterusan."

“Semua orang di sekeliling saya tahu betapa saya sukakan coklat dan ia seperti impian menjadi kenyataan apabila saya menemui jenama coklat ini yang berkongsi nama dengan saya. Saya berbangga dengan misi mereka untuk membantu mengekang eksploitasi di ladang koko dan menghasilkan coklat yang 100 peratus bebas daripada buruh paksa. Saya juga berbangga kedua-dua pasukan telah bekerjasama untuk menawarkan manisan yang dihasilkan secara etika ini di platform bebas cukai kami dan di dalam penerbangan. Saya ingin menawarkan para tetamu kami untuk membuat pra-pesanan sebelum anda terbang bagi merasai coklat yang istimewa daripada Tony.

Semua orang kini boleh membuat pra-tempahan coklat Tony’s Chocolonely secara terus di platform beli-belah bebas cukai dan menikmati diskaun eksklusif sebanyak 25 peratus untuk semua coklat Tony’s Chocolonely mulai  hari ini hingga 31 Disember 2024!

Bagi mereka yang terlepas untuk membuat pra-tempahan, coklat Tony’s Chocolonely juga akan tersedia untuk dibeli di penerbangan AirAsia Malaysia (AK) dan AirAsia X (D7).

Ikuti perkembangan terkini dari AirAsia MOVE dengan mengikuti @airasiamove di Instagram & TikTok. Untuk pengalaman yang lebih lancar dan dipertingkatkan, muat turun aplikasi AirAsia MOVE dari Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.