BigPay Raih Dua Anugerah Utama di Anugerah Perbankan Runcit Asian Banking and Finance 2024
Inisiatif Ekosistem Terbaik untuk Malaysia
Inisiatif Inklusi Kewangan Terbaik untuk Malaysia
KUALA LUMPUR/SINGAPURA, 5 Julai 2024 - BigPay, syarikat teknologi kewangan terkemuka di Asia Tenggara, telah diiktiraf dengan dua anugerah utama di Anugerah Perbankan Runcit Asian Banking and Finance yang berprestij pada tahun 2024.
BigPay dianugerahkan Inisiatif Ekosistem Terbaik untuk Malaysia dan Inisiatif Inklusi Kewangan Terbaik untuk Malaysia atas platform pembayaran terintegrasi pada aplikasi AirAsia MOVE yang sedang mengubah landskap pembayaran dalam ekosistem perjalanan AirAsia, serta pendekatan holistiknya terhadap pengurusan kewangan, yang memberi kuasa kepada pelanggan untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan mereka.
Anugerah Perbankan Runcit Asian Banking & Finance mengiktiraf bank-bank terkemuka dan paling inovatif di Asia yang telah memperkenalkan produk, perkhidmatan dan penyelesaian canggih yang memberi impak positif kepada pelanggannya. Sejak 2006, anugerah ini telah menganugerahkan bank dan syarikat fintech yang cemerlang yang terbukti menjadi pengubah permainan industri dalam landskap yang kompetitif ini.
Zubin Rada Krishnan, Ketua Pegawai Eksekutif BigPay berkata, "Kami gembira kerana usaha berterusan kami untuk melakukan inovasi dalam rangkaian produk kami diiktiraf oleh rakan industri. Kerjasama kami dengan ejen pelancongan dalam talian yang inovatif, AirAsia MOVE, membawa kuasa kewangan terintegrasi terus ke dalam ekosistem AirAsia. Dalam iterasi pertamanya, kami telah membolehkan pengguna untuk mengintegrasikan akaun mereka dengan lancar ke dalam aplikasi AirAsia MOVE dan membayar perjalanan mereka, dan kami akan menambah baik pembayaran dengan ciri-ciri baharu yang menarik tidak lama lagi.
"Ciri-ciri kesejahteraan kewangan kami seperti ‘Stashes’, ‘Round-ups’ dan ‘Analytics’ memberi impak yang signifikan kepada ramai orang dengan menyediakan cara untuk mereka mengawal dan berdisiplin dengan perbelanjaan mereka. Pelanggan kami telah menyimpan lebih daripada RM150 juta sejak pelancaran ciri tersebut, menggunakannya untuk mencapai matlamat seperti menjimat untuk tiket konsert, percutian impian, atau untuk bil bulanan yang perlu dibayar pada akhir bulan. Kami terus melakukan inovasi dengan ciri-ciri sekitar Stashes dan Round-ups, berusaha untuk membantu orang ramai membentuk tabiat untuk menyimpan wang untuk masa depan. Pasukan kami komited untuk membangunkan penyelesaian kewangan canggih untuk meningkatkan kehidupan pelanggan kami, satu transaksi pada satu masa."
About BigPay
BigPay is an ASEAN fintech company with proud Malaysian roots founded in 2017. The company is committed to democratising financial literacy, accessibility, and wellbeing in the region by providing accessible, transparent, simple and secure digital financial services. From payments to international transfers, credit, micro-insurance, personal loans, and smart budgeting, the goal is to level up the lives of customers across Southeast Asia, one transaction at a time.