Lembaga Pelancongan Singapura (Singapore Tourism Board) dan AirAsia MOVE Jalin Kerjasama Strategik untuk Meningkatkan Pelancongan ke Singapura
Kuala Lumpur, 21 April 2025 – Lembaga Pelancongan Singapura (Singapore Tourism Board, STB) dan AirAsia MOVE telah memeterai satu kerjasama strategik bagi memperkaya pengalaman pelancongan ke Singapura, khususnya dalam kalangan pasaran utama Asia Tenggara seperti Malaysia dan Thailand. Kerjasama ini dimuktamadkan melalui pemeteraian Surat Kerjasama (Letter of Cooperation, LOC) pada 17 April 2025.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, pelancong dari Malaysia dan Thailand yang mencari percutian hujung minggu yang singkat boleh menantikan tawaran pelancongan menarik menerusi AirAsia MOVE. Pakej istimewa ini merangkumi penerbangan, penginapan hotel serta akses kepada acara dan tarikan utama di Singapura — membolehkan percutian dirancang dengan mudah dan tanpa kerumitan.
Intipati kerjasama ini berteraskan komitmen STB dan MOVE untuk memanfaatkan data, teknologi serta kandungan bagi menyediakan pengalaman pelancongan yang lebih lancar, diperibadikan dan menarik. Kempen bersama dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga 2025, dengan tumpuan kepada tarikan unik Singapura serta meningkatkan keterlihatan destinasi ini dalam kalangan pelancong serantau.
Menurut Juliana Kua, Penolong Ketua Eksekutif, Kumpulan Antarabangsa, Singapore Tourism Board, “Pelancong Asia Tenggara mempunyai keperluan dan minat yang pelbagai, dan ramai yang sudah mengenali Singapura. Untuk menarik mereka kembali atau meneroka lebih banyak, pendekatan yang diperibadikan dan berpandukan data amat penting. Justeru, kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan AirAsia MOVE bagi memanfaatkan kepakaran dan data mereka demi menyampaikan pengalaman pelancongan yang lebih baik dan membantu pelancong memaksimumkan masa mereka di Singapura.”
Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE turut berkata, “Kerjasama kami bersama Singapore Tourism Board memperkukuh komitmen AirAsia MOVE dalam memacu pertumbuhan pelancongan serantau melalui inovasi dan kerjasama strategik. Dengan memanfaatkan ekosistem digital dan cerapan pengguna kami, kami berhasrat meningkatkan kadar pertukaran serta keterlibatan, sambil memudahkan proses perancangan percutian ke Singapura. Usaha bersama ini membolehkan kami membuka peluang baharu dalam pasaran utama seperti Malaysia dan Thailand, dan memberikan nilai tambah kepada pelancong serta pihak berkepentingan industri pelancongan.”
Kerjasama antara STB dan AirAsia MOVE ini bertujuan untuk mentransformasikan cara pelancong menemui dan menikmati pengalaman mereka di Singapura. Pelancong akan menerima cadangan yang diperibadikan daripada lokasi tumpuan popular hinggalah aktiviti berasaskan minat mereka hasil cerapan data gabungan antara STB dan AirAsia MOVE mengenai pelbagai kumpulan pengguna
Inisiatif ini juga akan menyerlahkan acara menarik, tempat wajib dikunjungi, serta pengalaman tempatan yang unik yang menjadikan Singapura sebuah destinasi istimewa memastikan setiap lawatan, sama ada pertama kali atau berulang, sentiasa membawa sesuatu yang baharu untuk diterokai. Perancangan percutian kini lebih mudah apabila pelancong boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai acara, penginapan dan aktiviti di Singapura secara langsung melalui aplikasi AirAsia MOVE.
STB turut bekerjasama dengan AirAsia MOVE untuk memperkayakan pengalaman pelancong Muslim dengan menonjolkan pelbagai tawaran mesra Muslim yang tersedia di Singapura.
TAMAT
About the Singapore Tourism Board
The Singapore Tourism Board (STB) is the lead development agency for tourism, one of Singapore’s key economic sectors. Together with industry partners and the community, we shape a dynamic Singapore tourism landscape. We bring the Passion Made Possible brand to life by differentiating Singapore as a vibrant destination that inspires people to share and deepen their passions.
More: www.stb.gov.sg or www.visitsingapore.com | Follow us: facebook.com/STBsingapore or twitter.com/stb_sg
About AirAsia MOVE
AirAsia MOVE, formerly known as airasia Superapp is the newest online travel agent+ (OTA+) in town, providing a seamless and personalised experience for travellers at the best value in Asean and beyond. It envisions a comprehensive travel ecosystem, providing various travel offerings, such as flights and hotel bookings from over 700 airlines, including AirAsia, and over a million hotels world-wide, plus ride-hailing, insurance, duty-free shopping and much more. The services are complemented by a community-led experience through features such as airasia chat, games, gifting, and a strong loyalty program that rewards users across its expansive ecosystem. It has been voted by World Travel Awards as ‘Asia’s Leading Online Travel Agency’ for two consecutive years since its first nomination in 2023.
For media enquiries, please contact:
BRANDTHINK MALAYSIA
Nicole Leow
Senior Executive, PR
nicoleleow@brandthinkasia.com
Tel: +6016-248 9616
Ryan Chan
Senior Executive, Communications