AirAsia rewards dan Versa jalin kerjasama strategik untuk mempertingkatkan manfaat kepada ahli AirAsia
KUALA LUMPUR, 27 Januari 2026 – AirAsia rewards, cabang program kesetiaan di bawah naungan Capital A, menjalin kerjasama strategik dengan Versa, platform pengurusan aset kewangan digital terkemuka, bagi memperluaskan portfolio rakan kongsi AirAsia rewards ke dalam sektor perkhidmatan kewangan serta mengukuhkan posisi sebagai program kesetiaan yang menyeluruh dan bersepadu.
Kerjasama ini menawarkan lebih banyak nilai tambah dengan memberikan insentif untuk memupuk amalan kewangan yang sihat menerusi platform Versa, selari dengan ganjaran perjalanan dan gaya hidup dalam ekosistem AirAsia. Mata ganjaran AirAsia yang diperoleh boleh ditebus untuk penerbangan, penginapan hotel, perjalanan dan banyak lagi melalui Aplikasi AirAsia MOVE.
Subashini Silvadas, Ketua Pegawai Operasi Capital A, berkata, “AirAsia rewards terus fokus memperluaskan fungsi mata ganjaran AirAsia bagi memastikan para ahli kami memperoleh lebih banyak ganjaran menerusi transaksi harian mereka. Integrasi pengurusan aset melalui kerjasama strategik dengan Versa ini merupakan langkah penting untuk meningkatkan penglibatan pelanggan, serta mempelbagaikan cara ahli boleh memperoleh dan menggunakan mata ganjaran AirAsia mereka.”
Keith MacFarlaine, Ketua Pegawai Pemasaran Versa, berkata, “Di Versa, kami percaya bahawa menabung dan melabur berkembang sedikit demi sedikit, dipengaruhi oleh pilihan yang kita buat setiap hari. Membina amalan pengurusan kewangan yang sihat seharusnya lebih mudah, memberi ganjaran, dan menyeronokkan. Melalui kerjasama kami dengan AirAsia rewards, kami ingin menunjukkan bahawa pengurusan kewangan dan gaya hidup yang menyeronokkan benar-benar boleh bergerak seiring.”
Ahli AirAsia yang mendaftar sebagai pengguna baharu di platform pengurusan aset digital dan membuat deposit minimum sebanyak RM100 akan menerima Ganjaran Selamat Datang Versa bernilai RM15 serta 400 mata AirAsia.
Ikuti langkah mudah ini untuk memperoleh mata AirAsia melalui Versa:
Langkah 1: Klik pada baki mata ganjaran dalam aplikasi AirAsia MOVE dan klik tebus sekarang pada paparan iklan“Free RM15 Welcome Reward + 400 AirAsia points” untuk menebus ganjaran dengan menggunakan 400 mata AirAsia.
Langkah 2: Pergi ke “My Vouchers”, klik “Gunakan Sekarang” untuk memaparkan pautan unik anda, kemudian klik pautan tersebut untuk memuat turun aplikasi mudah alih Versa dan daftar sebagai pengguna baharu menggunakan emel yang sama dengan akaun AirAsia MOVE anda.
Langkah 3: Masukkan deposit minimum RM100 ke dalam mana-mana produk Versa.
Langkah 4: Terima ganjaran anda. RM15 akan dimasukkan ke dalam akaun Versa anda, manakala 400 mata AirAsia dikembalikan ke baki mata anda – permulaan ganjaran untuk perjalanan kewangan yang lebih bijak.
Untuk butiran lengkap dan terma & syarat, layari pautan ini.
Ikuti perkembangan terkini daripada AirAsia rewards dengan mengikuti @airasiarewards di Instagram atau @AirAsia Rewards di Facebook. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun aplikasi AirAsia MOVE anda melalui Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.
*** TAMAT ***
Peringatan:Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak menilai kandungan ini dan menafikan sebarang tanggungjawab yang timbul daripada penerbitan ini.
About AirAsia rewards
AirAsia rewards started as an airline loyalty programme for AirAsia and has since evolved into a comprehensive lifestyle rewards platform that extends beyond flights, offering a more holistic approach to rewarding loyal AirAsia members. With a diverse range of partners spanning lifestyle, travel, and financial services categories, AirAsia rewards has grown into one of the largest points platforms, enabling borderless earn-and-burn activities across ASEAN and beyond.
About Versa
Versa, a leading Malaysian digital wealth management platform, simplifies saving and investing to make financial growth more attainable for everyone. By helping users build both wealth and financial literacy, Versa aims to empower Malaysians to develop better financial habits and move confidently towards financial freedom.