Inisiatif intra-Asean AirAsia MOVE diiktiraf di Majlis Anugerah Kecemerlangan ASEANTA kali ke-35
CEBU, Filipina, 28 Januari 2025 – AirAsia MOVE (MOVE) Aplikasi Tempahan Perjalanan Terbaik Asia telah dianugerahkan penghargaan Program Pemasaran & Promosi Terbaik ASEAN di Anugerah Kecemerlangan ASEANTA ke-35 yang berlangsung di Cebu, Filipina.
Disampaikan oleh Persatuan Pelancongan ASEAN (ASEANTA), anugerah ini mengiktiraf kempen pemasaran ‘Travel More for Less” oleh MOVE, iaitu inisiatif merentas pelbagai pasaran di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina. Kempen ini direka khas untuk mempromosikan aktiviti pelancongan intra-Asean dan eksplorasi destinasi unik dan terpencil di rantau ini.
Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE, berkata, “Kempen ‘Travel More for Less’ berteraskan kepercayaan bahawa keindahan sebenar Asean terletak adalah di destinasi percutian unik yang belum diterokai ramai. Dengan hampir 80% pengembara hanya tertumpu di 10% destinasi global, misi kami di MOVE adalah untuk mengimbangi landskap pelancongan. Dengan usaha untuk mengalihkan tumpuan ke destinasi tersembunyi, kami bukan sahaja mengubah tren pelancongan, tetapi juga menyokong komuniti tempatan serta membolehkan lebih ramai meneroka Asean dengan lebih mendalam.
Ini adalah satu penghormatan besar untuk menerima pengiktirafan ASEANTA di mana operasi kami tertumpu, ketika kami terus membangunkan sebuah ekosistem perjalanan digital yang dimiliki oleh, dan berkhidmat untuk, masyarakat Asean serta peringkat global.”
Kempen ini mengetengahkan penceritaan berasaskan komuniti dengan menghimpunkan pencipta kandungan dari negara-negara Asean melalui kerjasama bersama lembaga pelancongan serta rakan hotel. Inisiatif ini diperkukuh dengan sokongan inovasi dan produk utama seperti langganan ASEAN Explorer Pass, pakej Penerbangan + Hotel SNAP!, kumpulan sembang dalam aplikasi, serta laman Discover ASEAN, bagi merangsang perjalanan sepanjang tahun dan membina komuniti pengembara.
Di sebalik kempen ini, kekuatan utama MOVE turut terletak pada kehadiran kukuh di peringkat lapangan merentasi rantau ASEAN, dengan pejabat tempatan yang berpangkalan di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina. Rakan kerja tempatan MOVE bekerjasama rapat merentas pasaran bagi merangka kesalinghubungan Asean yang bermakna, sekali gus memastikan setiap kempen bukan sahaja diselaraskan di peringkat serantau, malah kekal relevan di peringkat tempatan, berteraskan budaya setempat, serta memberi impak positif kepada komuniti setempat.
Untuk perkembangan terkini, ikuti @airasiamove di Instagram dan TikTok. Muat turun aplikasi ini melalui Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallerybagi pengalaman tempahan yang lancar dan dipertingkatkan.
*** TAMAT ***
About MOVE (AirAsia MOVE)
MOVE, formerly known as airasia Superapp, is the newest online travel agent (OTA) in town, providing a seamless and personalised experience for travellers at the best value in Asean and beyond. It envisions a comprehensive travel ecosystem, providing various travel offerings, such as flights and hotel bookings from over 700 airlines, including AirAsia, and over a million hotels worldwide, plus airport transfers, travel insurance, duty-free shopping and much more. The services are complemented by a community-led experience through features such as airasia chat and a strong loyalty program that rewards users across its expansive ecosystem. It has been voted by World Travel Awards as ‘Asia’s Leading Online Travel Agency’ for three consecutive years since its first nomination in 2023.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: movecomms@airasia.com