ikhlas.com tetapkan tanda aras pasaran dengan Umrah 1448H, kekal harga terendah sejak 2022
KUALA LUMPUR, 30 Januari 2026 - Menetapkan penanda aras bagi perkhidmatan Umrah mampu milik dan dipercayai di Malaysia, Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) melancarkan pakej Umrah 1448H, dengan penambahbaikan nilai tambah dan pilihan perjalanan yang diperluaskan, sambil mengekalkan harga bermula RM4,990 - terendah di pasaran sejak 2022.
Pakej Umrah 1448H itu diperkenalkan sempena Hari Terbuka Putrajaya di Dataran Putrajaya, membolehkan pengunjung mendapatkan akses awal kepada penawaran Umrah dan pakej perjalanan mesra Muslim terbaru daripada ikhlas.com.
Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata: “Tawaran musim hadapan mengukuhkan komitmen kami untuk menjadikan Umrah lebih mudah diakses, telus dan bebas kebimbangan bagi lebih ramai rakyat Malaysia. Walaupun kos perjalanan dan operasi global terus meningkat, kami berusaha mengekalkan harga terendah pasaran supaya lebih ramai umat Islam dapat menunaikan Umrah dengan tenang, disokong perkhidmatan yang boleh dipercayai dan pengalaman rohani yang bermakna.”
Seiring dengan permintaan yang meningkat terhadap perjalanan yang lebih mendalam dan bermakna, ikhlas.com terus memperluaskan portfolio di luar Tanah Suci, termasuk Umrah Plus ke destinasi Turkiye dan Uzbekistan, membolehkan jemaah memperkayakan pengalaman rohani mereka melalui warisan, sejarah dan budaya Islam.
Bagi memperkukuh bimbingan agama dan penglibatan komuniti, ikhlas.com turut bekerjasama dengan tokoh agama dan pemimpin pendapat ternama termasuk Ustazah Asma’ Harun, Ustaz Abdul Somad dan Ustaz Das’ad Latif, menerusi kandungan agama yang sahih, bimbingan dan inspirasi sepanjang perjalanan Umrah.
Bagi Umrah 1448H, ikhlas.com memperkenalkan penambahbaikan nilai tambah untuk semua kategori pakej, direka untuk meningkatkan keselesaan dan pengalaman keseluruhan jemaah. Antaranya termasuk Super Economy dinaik taraf kepada pakej fullboard, Ziarah Taif untuk pakej terpilih dan pengalaman Haramain High-Speed Train percuma bagi pakej Jejak Sahabat dan Jejak Rasul. Tawaran tambahan juga termasuk jamuan kabsah anak unta dan ziarah Badar percuma bagi pakej terpilih.
Sempena Hari Terbuka Putrajaya 2026, ikhlas.com melanjutkan kempen Niat Je Dulu, dengan deposit serendah RM50 seorang untuk pakej Umrah 1448H dan Travel 2026, sah dari 29 Januari hingga 1 Februari 2026 dengan tarikh perjalanan dari sekarang sehingga Disember 2026.
Pelancong ke destinasi Asia Tenggara boleh menikmati tawaran Beli 3, Percuma 1, manakala tempahan ke destinasi antarabangsa lain dan pelepasan berkumpulan layak menerima diskaun RM1,000 bagi setiap empat peserta, tertakluk kepada terma tempahan dan ketersediaan.
Sempena kedatangan Ramadan, ikhlas.com melancarkan kempen Seikhlas Ramadan, yang berlangsung dari sekarang sehingga hujung bulan mulia itu. Pengguna yang menunaikan sadaqah, fidyah atau zakat fitrah melalui aplikasi ikhlas.com berpeluang mengerjakan Umrah 1448H atau menziarahi Istanbul secara percuma. Semakin banyak produk yang diikuti, semakin tinggi peluang untuk menang dengan minimum dua produk diperlukan untuk kelayakan. Kempen ini menggabungkan amalan kebajikan rohani dengan peluang mencipta pengalaman perjalanan bermakna untuk ummah.
Ditubuhkan pada Oktober 2020, ikhlas.com merupakan platform digital Islamik Capital A yang menawarkan penyelesaian Umrah dan kembara mesra Muslim, selain perkhidmatan patuh Syariah seperti zakat, qurban, aqiqah, sadaqah dan fidyah. Berteraskan prinsip amanah, telus dan cemerlang dalam perkhidmatan, ikhlas.com bertujuan mempermudah pelaksanaan ibadah dan perjalanan Islam bagi komuniti Muslim.
Tempahan untuk Umrah 1448H dan pakej Travel 2026 kini dibuka melalui laman web atau aplikasi ikhlas.com. Muat turun sekarang di Apple App Store dan Google Play Store.