AirAsia dan Tourism Western Australia lancar kerjasama strategik untuk menggalakkan pelancongan serantau

Pengembaraan ke Perth kini lebih berpatutan dengan kod promosi ‘AAPERTWA’ yang menawarkan diskaun RM200 bagi penerbangan AirAsia antara Kuala Lumpur dan Perth

[Penerangan Gambar: Dato' Kapten Fareh Mazputra, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia dan Anneke Brown, Pengarah Urusan Tourism Western Australia di majlis pelancaran kerjasama strategik antara AirAsia dan Tourism Western Australia di Botanica+Co, Bamboo Hills, Kuala Lumpur]

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2025 – AirAsia dan Tourism Western Australia (TWA) hari ini mengumumkan kerjasama strategik bagi memperkukuh sektor pelancongan antara Malaysia dan Perth, yang merupakan salah satu destinasi utama AirAsia di Australia.


Menerusi kerjasama ini, AirAsia akan menawarkan baucar diskaun sejumlah RM400,000 bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth dengan kos promosi bernilai RM200. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan AirAsia untuk menggalakkan aktiviti pelancongan sambil menghargai para pengembara serta memperkukuh usaha menjadikan perjalanan udara lebih mudah diakses dan berpatutan. Kempen ini juga bertujuan menyokong kempen TWA iaitu ‘Walking On A Dream’ yang bertujuan untuk mempromosikan negeri tersebut sebagai destinasi unik dan penuh aspirasi. Untuk menikmati diskaun RM200, para tetamu AirAsia hanya perlu memasukkan kod promosi ‘AAPERTWA’ semasa membuat tempahan penerbangan dalam tempoh kempen inin antara 14 Mei hingga 31 Julai 2025, bagi perjalanan segera sehingga 31 Disember 2025. Tawaran ini adalah terhad dan tersedia untuk tempahan awal.


Kerjasama ini turut menandakan komitmen berterusan antara kedua-dua pihak dalam mempromosikan Perth sebagai destinasi pilihan bagi pelancong yang mencari destinasi yang kaya dengan alam semula jadi, budaya dan pengembaraan bandar. Dengan penerbangan singkat dari Malaysia, para pengembara dapat melawati Perth, salah satu bandar paling menarik dan pelbagai di Australia, terkenal dengan keindahan alam semula jadi, pesisiran pantai yang mempesona, serta seni dan kaya dengan budaya.


Dato’ Kapten Fareh Mazputra, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: “Perth merupakan salah satu destinasi AirAsia paling popular. Sejak laluan ini diperkenalkan pada November 2007, kami telah membawa jutaan tetamu ke bandar ini. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Tourism Western Australia bagi terus menghidupkan sektor pelancongan dan menawarkan lebih banyak pilihan perjalanan dengan nilai hebat kepada para pelancong yang ingin menerokai destinasi hebat ini.”

Anneke Brown, Pengarah Urusan Tourism Western Australia berkata: “Kerjasama AirAsia ini merupakan langkah penting dalam usaha menarik lebih ramai pelancong dari Malaysia ke Australia Barat. Menerusi slogan ‘Walking On A Dream’, kami ingin menawarkan pengalaman melancong yang luar biasa serta kaya dengan nilai alam dan budaya. Malaysia merupakan antara pasaran pelancong antarabangsa utama kami bukan sahaja kerana lokasinya yang strategik, malah kesalinghubungan penerbangan yang kukuh antara Perth dan Kuala Lumpur serta zon masa yang hampir sama. Kami amat teruja untuk berkongsi keajaiban Australia Barat bersama lebih ramai pelancong dari Malaysia.”


Sejak tahun 2007, AirAsia telah berkembang luas di Australia. AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) dan AirAsia X (kod penerbangan D7) kini menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke empat destinasi utama di Australia – Perth, Melbourne, Sydney dan tidak lama lagi Darwin (dengan empat penerbangan mingguan bermula 27 Jun 2025) dengan jumlah keseluruhan 22 penerbangan mingguan. Selain itu, AirAsia Indonesia (kod penerbangan QZ) yang mengendalikan penerbangan ke Darwin dan Cairns sebanyak tiga kali seminggu serta ke Perth sehingga 28 kali seminggu dari Bali. AirAsia Indonesia juga bakal melancarkan penerbangan ke Adelaide dengan empat penerbangan mingguan bermula pada 25 Jun 2025.


*Kod promosi ini hanya sah bagi tambang asas penerbangan antara Kuala Lumpur dan Perth. Kod promosi ‘AAPERTWA’ perlu dimasukkan di halaman utama tempahan. Setiap kod promosi RM200 akan digunakan sebagai RM100 untuk sektor KUL–PER dan RM100 untuk sektor PER–KUL. Jika simpanan baki tidak digunakan dan telah luput, kod promosi tidak boleh ditebus semula. Sebanyak 2,000 kod promosi akan ditawarkan sepanjang tempoh kempen dari 14 Mei hingga 31 Julai 2025, dengan had maksimum 666 kod promosi sebulan ditawarkan adalah terhad. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.