AirAsia diiktiraf antara jenama majikan terbaik Malaysia

L-R (dua dari kiri): Pengurus Perkhidmatan People AirAsia Mandy Pui, Eksekutif Perkhidmatan People Nur Farhana Ibrahim dan Ketua Bahagian Culture AirAsia Renuka Kunathevan menerima Anugerah Jenama Majikan Terbaik Malaysia

L-R (dua dari kiri): Pengurus Perkhidmatan People AirAsia Mandy Pui, Eksekutif Perkhidmatan People Nur Farhana Ibrahim dan Ketua Bahagian Culture AirAsia Renuka Kunathevan menerima Anugerah Jenama Majikan Terbaik Malaysia

SEPANG, 6 Mei 2019 - AirAsia telah diiktiraf sebagai salah satu jenama majikan terbaik dalam negara di Anugerah Jenama Majikan Terbaik Malaysia 2019.

Pemilihan dibuat sebuah panel bebas diketuai oleh Bekas Dekan Institut Pengurusan India (IIM) Ahmedabad Dr Indira Parikh dan AirAsia muncul sebagai jenama majikan terbaik di peringkat rantau ini, dipacu faedah kakitangannya dan inisiatif keseimbangan kerja dan kehidupan yang ditawarkan.

Anugerah tersebut anjuran Institut Penjenamaan Majikan (EBI) - sebuah organisasi yang menghubungkan pemimpin kanan dalam sektor sumber manusia untuk berkongsi amalan terbaik global - Kongres Pembangunan Sumber Manusia Dunia dan Stars of the Industry Group serta disokong oleh Persekutuan Perniagaan Asia.

Ketua Bahagian Culture AirAsia Malaysia Renuka Kunathevan, Pengurus Perkhidmatan People Mandy Pui dan Eksekutif Perkhidmatan People Nur Farhana Ibrahim menerima anugerah berkenaan daripada Pengarah People & Culture - Malaysia Philip Morris International Chinmay Sharma dan Ketua Pegawai Operasi Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia Dolly Lim bagi pihak AirAsia di sebuah majlis yang diadakan di Le Meridian Kuala Lumpur Khamis lalu.

Ketua Pegawai People and Culture AirAsia Varun Bhatia berkata, “Di AirAsia, kami meletakkan people terlebih dahulu, bermula dengan Allstars (kakitangan) kami. Kami percaya jika kakitangan kami diberi layanan yang baik, mereka juga akan melayan tetamu dengan baik. Mewujudkan persekitaran kerja terbuka yang memupuk pertumbuhan secara peribadi dan profesional, memberi ganjaran untuk inovasi serta menggalakkan keseimbangan kerja dan kehidupan menjadi teras kepada budaya guest-obsessed kami dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Institut Penjenamaan Majikan kerana mengiktiraf AirAsia sebagai salah satu yang terbaik di Malaysia.”

Anugerah Jenama Majikan Terbaik mengiktiraf organisasi yang menggunakan komunikasi pemasaran yang berkesan dalam menarik, mengekalkan dan membangunkan bakat. Kriterianya termasuk strategi sumber manusia dalam menyokong visi syarikat, inisiatif pengawasan masa depan, budaya kerja dan kepelbagaian, faedah pekerja, penglibatan pekerja dan peluang sama rata.