airasia farm Sabah Fact Sheet
1. What is the background of airasia farm?
airasia farm (formerly OURFARM) was launched in June 2020 as a new business-to-business (B2B) e-commerce platform, enabling farmers to connect directly to businesses and boost their income by eliminating middlemen costs providing logistical support that allows farmers to fulfil orders directly to businesses.
2. When was airasia farm established in Sabah?
airasia farm was established in Sabah in November 2020 with the objective of making Sabah the leading agriculture export hub in Asia.
3. How many farmers/producers/businesses are registered in Sabah?
To-date, airasia farm has registered 142 vegetable farmers, 21 poultry producers, 34 fisherman and dried food producers.
4. What are the categories of producers registered with airasia farm in Sabah?
Among the registered producers: 60% are vegetable and fruits related, 25% fisheries and dried seafood providers and 15% meat related.
5. What are the categories of businesses registered with airasia farm in Sabah?
We have registered businesses from across the industries including importers, restaurants, supermarkets, hotels and wholesalers registered with us.
6. What are the latest airasia farm initiatives in Sabah?
With the objective of expanding new markets, airasia farm have been actively promoting Sabah Dried Seafood on our e-commerce and network of business buyers in West Malaysia. Our Sabah products are already available for purchases on airasia.com/fresh and airasiafarm.com.
Over the last two months, we have delivered over two tonnes of dried seafood from Tawau to Kuala Lumpur. Our top products include ikan bilis kopek (anchovies), udang kering (dried prawns) and ikan bilis mata biru (blue-eye anchovies). Utilizing the strengths of airasia's logistics and cargo arm, Teleport, we have found new markets for Sabah products in Klang Valley, Penang and central regions.
We are also gauging the market receptiveness for frozen seafood, premium fruits as avocados, pomelos and even belacan (shrimp paste) from Papar.
Our latest initiative is to utilise the airasia’s ecosystem; covering e-commerce, logistics and marketing prowess for the purpose of sales and distribution of Harumanis mangoes in West Malaysia and Sabah.
7. How many employment opportunities were created by airasia farm in Sabah?
We have hired close to 10 employees in Sabah at the moment. We have also re-hired some of our airasia staff who lost their jobs due to the pandemic including ground crew, a baggage handler and even flight crews as our team members.
We will continue to grow our team as we operationalise our cold-chain facility and scale the business. We have also stimulated activities across the logistics side by creating many in-direct job opportunities for riders and food handlers. With our upcoming pasar project and dropship models, we aim to find passionate individuals to create local entrepreneurs and expand our sales channels.
8. How to order from airasia farm in Sabah?
For our Harumanis project, we have partnered with our dropship agents and foodpanda as an e-commerce partner in Sabah for home delivery from 7 May. The Harumanis mangoes will also be available at our participating retailers in Kota Kinabalu: City Grocer, City Gourmet, Everise (Imago), Tong Hing, CCK City Mall, and Food Town starting 8th May.
9. What is the price point of the Harumanis mangoes in Sabah?
We are partnering with Euro-Atlantic, our retail experience partner to ensure the price point of the Harumanis mangoes in Sabah as competitive as possible and the same as West Malaysia for Sabahans.
1kg for RM38.00
10. How to join airasia farm in Sabah?
Visit airasiafarm.com and register with us. Our business development team will quickly get in-touch.
11. What is the future plan for airasia farm in Sabah?
We are steadily building our farmer and produce database in Sabah. By continuously enhancing our match-making platform, we are able to provide quick responses and provide better value for our buyers. Soon, all our international buyers will be able to view the produce and gauge its quality right at the farm. Additionally, they will get status updates of the produce as it journeys from the farm and flown across to the destination.
airasia farm is also setting up a 6,000sqft warehouse in Kota Kinabalu by Q2 2021 which will serve as a 3-in-1 Digital Agri Centre including our cold chain facility, office space and training space for farmers and SMEs in Sabah. Our strategy is to collaborate together with the farmers, suppliers and logistic arms to ensure the fresh produce is export ready and digitalise from end-to-end of the supply chain.
When completed, the warehouse will not only store tons of fresh produce but will be utilised as a quality control measure, sorting and distributing fresh produce with cold chain services to ensure fresh produce that is high in demand will be readily available and sufficiently stocked to avoid losses during downtime, ensuring the local food security.
***
1. Apakah latar belakang airasia farm?
airasia farm (dahulunya dikenali sebagai OURFARM) dilancarkan pada bulan Jun 2020 sebagai sebuah platform e-dagang perniagaan-ke-perniagaan (B2B) baharu, yang menghubungkan para pengeluar produk segar terus kepada perniagaan dan meningkatkan pendapatan mereka tanpa menggunakan kos orang tengah dan menyediakan sokongan logistik yang membolehkan mereka memenuhi pesanan secara terus.
2. Bilakah airasia farm ditubuhkan di Sabah?
Airasia farm ditubuhkan di Sabah pada bulan November 2020 dengan objektif untuk menjadikan Sabah sebagai hab eksport pertanian terkemuka di Asia.
3. Berapa ramai petani / pengeluar / perniagaan yang telah berdaftar dengan airasia farm di Sabah?
Setakat ini, airasia farm telah mendaftar 142 petani sayur-sayuran, 21 pengeluar daging, 34 nelayan dan makanan kering.
4. Apakah kategori pengeluar yang berdaftar dengan airasia farm di Sabah?
Antara pengeluar yang berdaftar dengan airasia farm termasuklah 60% pengeluar sayur-sayuran dan buah-buahan, 25% pengeluar sektor perikanan dan makanan laut kering serta 15% pengeluar daging.
5. Apakah kategori perniagaan yang berdaftar dengan airasia farm di Sabah?
Kami telah mendaftar perniagaan daripada seluruh industri termasuk pengimport, restoran, pasar raya, hotel dan pemborong.
6. Apakah inisiatif terbaru airasia farm di Sabah?
Dengan objektif untuk memperluas pasaran baharu, airasia farm telah secara aktif mempromosikan Sabah Dried Seafood di laman e-dagang dan rangkaian perniagaannya di Sabah. Produk-produk dari Sabah kini tersedia untuk pembelian di airasia.com/fresh dan airasiafarm.com.
Baru-baru ini, kami juga telah menghantar lebih dari dua tan makanan laut kering dari Tawau ke Kuala Lumpur. Produk utama kami termasuk ikan bilis kopek, udang kering dan ikan bilis mata biru. Dengan menggunakan kekuatan logistik dan kargo airasia oleh Teleport, kami telah menemui pasaran baharu untuk memasarkan produk dari Sabah di Lembah Klang, Pulau Pinang dan lain-lain.
Kami juga bakal memasarkan makanan laut beku, buah-buahan premium seperti avokado, buah limau bali dan juga belacan dari Papar.
Inisiatif terbaru kami turut menggunakan ekosistem airasia; merangkumi laman e-dagang, logistik dan kehebatan pemasaran untuk tujuan penjualan dan pengedaran mangga Harumanis di Sabah.
7. Berapa banyak peluang pekerjaan yang dihasilkan oleh airasia farm di Sabah?
Kami telah mengambil hampir 10 orang kakitangan di Sabah pada masa ini. Kami juga telah mengambil kembali beberapa kakitangan airasia yang telah kehilangan pekerjaan berikutan pandemik ini termasuklah pengendali bagasi dan kru penerbangan sebagai anggota pasukan kami.
Kami akan terus mengembangkan pasukan kami untuk operasi rangkaian sejuk (cold-chain) dan meningkatkan perniagaan di masa hadapan. Kami juga telah mendorong peluang pekerjaan di bahagian logistik secara langsung dan tidak langsung. Dengan projek pasar dan model dropship yang akan datang, kami berhasrat untuk mewujudkan usahawan tempatan dan mengembangkan saluran jualan kami.
8. Bagaimana cara membuat pesanan daripada airasia farm di Sabah?
Untuk projek Harumanis, kami telah bekerjasama dengan ejen dropship dan foodpanda sebagai rakan e-dagang di Sabah untuk penghantaran ke rumah mulai 7 Mei. Mangga Harumanis ini juga akan tersedia di peruncit yang mengambil bahagian di Kota Kinabalu: City Grocer, City Gourmet, Everise (Imago), Tong Hing, CCK City Mall, dan Food Town mulai 8 Mei.
9. Berapakah harga mangga Harumanis di Sabah?
Kami bekerjasama dengan Euro-Atlantic, rakan pengalaman peruncit kami untuk memastikan harga mangga Harumanis di Sabah setanding dan sama dengan harga di Semenanjung Malaysia Barat untuk warga Sabah.
1kg berharga RM38.00 / 3kg berharga RM102
10. Bagaimana untuk menyertai airasia farm di Sabah?
Layari airasiafarm.com dan daftarlah dengan kami. Pasukan pengembangan perniagaan kami akan menghubungi anda untuk langkah-langkah seterusnya.
11. Apakah rancangan masa depan untuk airasia farm di Sabah?
Kami terus mendaftarkan pengeluar produk segar dan menghasilkan pangkalan data di Sabah. Kami akan meningkatkan platform perniagaan ini untuk memberikan respons pantas dan memberikan nilai yang lebih baik untuk pembeli kami. Tidak lama lagi, semua pembeli antarabangsa kami dapat melihat hasil dan melihat kualitinya dari ladang. Selain itu, mereka akan mendapat kemas kini status produk bermula dari ladang hingga ke destinasi yang dituju.
airasia farm juga akan mendirikan gudang seluas 6,000 kaki persegi di Kota Kinabalu menjelang S2 2021 yang akan berfungsi sebagai Pusat Agri Digital 3-dalam-1 termasuk kemudahan rangkaian sejuk, ruang pejabat dan ruang latihan untuk petani dan PKS di Sabah. Strategi kami adalah untuk terus bekerjasama dengan petani, pembekal dan cabang logistik untuk memastikan hasil segar mempunyai kualiti eksport dan didigitalkan di seluruh rantaian bekalan.
Apabila siap, gudang tersebut bukan hanya akan menjadi ruang simpanan hasil segar tetapi akan digunakan sebagai pusat kawalan kualiti, menyusun dan mengedar produk segar dengan perkhidmatan rantaian sejuk untuk memastikan produk segar yang mempunyai permintaan tinggi akan tersedia dan stok mencukupi untuk mengelakkan kerugian selain memastikan keselamatan bekalan makanan tempatan.