airasia food dan airasia fresh perkembang perkhidmatan ke Kota Kinabalu, sedia untuk mendaftar peniaga
KOTA KINABALU, 20 Mei 2021 - Kota Kinabalu menjadi lokasi pertama pengembangan airasia food, perkhidmatan penghantaran makanan dan airasia fresh, perkhidmatan pembelian barangan runcit dalam talian menerusi airasia super app di Malaysia Timur.
Disokong oleh ekosistem airasia super app dan infrastruktur logistik Teleport (cabang logistik airasia Digital), airasia food bakal menjadi pengganggu industri penghantaran makanan di Kota Kinabalu dengan menawarkan penyelesaian yang lancar untuk para peniaga dengan caj komisen serendah 15%. Mula dilancarkan di Lembah Klang, airasia food telah mengembangkan perkhidmatannya ke Singapura dan Pulau Pinang dalam masa kurang dari satu tahun.
Pengusaha dan peniaga makanan dan minuman yang berminat untuk menyertai platform airasia food atau airasia fresh hanya perlu mengisi borang ini, dan mereka akan dihubungi dalam masa 48 jam oleh pasukan berkenaan.
Lim Ben-Jie, Ketua e-Dagang airasia super app, berkata: “airasia food dan airasia fresh bakal berkembang secara agresif dan kami amat teruja untuk memasuki pasaran Malaysia Timur bermula di Kota Kinabalu. Ia menjadi keutamaan kami kerana ianya adalah sebuah bandar yang kaya dengan warisan budaya serta perniagaan perindustrian dan komersial yang semakin berkembang. Jadi kami yakin bahawa sektor perkhidmatan penghantaran makanan dan pembelian barangan runcit dalam talian di Kota Kinabalu juga mempunyai potensi untuk lebih maju. Kami mengalu-alukan semua pengendali makanan dan minuman serta pengusaha hasil segar di seluruh Kota Kinabalu untuk mendaftar dengan kami. Kami juga di sini untuk menyokong para peniaga makanan tempatan dan tradisional untuk mendigitalkan perniagaan dan mempelbagaikan aliran pendapatan mereka. Kami tidak sabar untuk terus menawarkan promosi menarik daripada airasia food dan airasia fresh untuk semua orang di Kota Kinabalu!”
Peniaga yang mendaftar dengan airasia food bukan sahaja mempunyai pilihan perkhidmatan penghantaran makanan alternatif yang baharu, malah mendapat caj komisen terendah dan kelebihan untuk mengawal sepenuhnya menu dan harga mereka. Mereka juga boleh mengakses data dengan lebih mudah dan berkomunikasi secara langsung dengan para pelanggan. Selain itu, mereka akan mendapat sokongan daripada pengurus akaun khusus yang akan membantu perniagaan mereka dalam talian serta memberikan sokongan dalam analisis data dan pemantauan.
Untuk memastikan ekonomi tempatan terus berkembang, airasia fresh bekerjasama dengan pengeluar hasil segar tempatan dan organik, pengeluar makanan sejuk beku, pengedar makanan laut dan daging, serta perniagaan kecil untuk menawarkan produk terbaik kepada pelanggan. Para peniaga melalui airasia fresh juga dapat menikmati komisen yang kompetitif dan perkhidmatan penghantaran yang boleh dipercayai oleh Teleport untuk memastikan kesegaran produk mereka.
Para peniaga juga dapat memanfaatkan usaha pemasaran dan kempen menerusi saluran airasia untuk meningkatkan publisiti dan jualan.
Individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan penghantaran airasia boleh mendaftar di sini.