AirAsia rai ulang tahun ke-24 dengan diskaun sehingga 24%* untuk semua tempat duduk, semua penerbangan* sebagai peneraju tambang rendah terkemuka di Asia

SEPANG, 1 Disember 2025 – AirAsia meraikan ulang tahun ke-24 dengan jualan ulang tahun istimewa, dengan menawarkan diskaun sehingga 24 peratus* untuk semua tempat duduk dan semua penerbangan.

Bermula dengan hanya dua pesawat hingga menjadi salah satu syarikat penerbangan tambang rendah yang terkemuka di dunia, AirAsia terus mentakrifkan semula nilai, keselesaan dan pilihan bagi para pengembara di seluruh rantau ini. Bagi meraikan pencapaian ini bersama para tetamu, syarikat penerbangan ini meraikan hari istimewa ini dengan jualan khas yang bermula hari ini sehingga 7 Disember 2025 dengan tempoh perjalanan antara 6 Januari 2026 hingga 30 November 2026 melalui airasia.com atau aplikasi AirAsia MOVE dengan pelbagai destinasi mampu milik yang menanti untuk ditempah.

Para pengembara kini boleh terbang ke destinasi percutian popular seperti Langkawi, Kota Kinabalu, Lombok, Phuket, Nha Trang dan banyak lagi bagi destinasi jarak dekat dengan tambang istimewa ini, termasuk ke bandar-bandar terkenal seperti Bangkok, Medan, Hanoi, Perth dan banyak lagi. Bagi pengembara yang ingin menerokai destinasi lebih jauh, kini boleh terbang bersama AirAsia X ke lebih 20 destinasi di seluruh dunia seperti Taipei, Chengdu, Osaka, Sydney, serta Tashkent dan Istanbul dimana ia merupakan destinasi baharu dilancarkan oleh syarikat penerbangan ini.

Bagi meraikan hari istimewa ini, AirAsia juga menawarkan diskaun tambahan 24 peratus untuk pemilihan tempat duduk**, sah bagi semua tempahan tempat duduk ekonomi dan Hot Seats. Dengan tawaran ini, para tetamu boleh menikmati diskaun berganda sehingga 24 peratus apabila menempah penerbangan seterusnya dan menempah tempat duduk kegemaran mereka di dalam pesawat seterusnya menjadikan permulaan yang sempurna untuk perjalanan anda bersama AirAsia.


*Diskaun sehingga 24 peratus bagi tambang asas sah untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan AirAsia dengan kod penerbangan AK, D7, QZ, Z2, FD, XJ & KT. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.

**Sah hanya untuk pembelian Tempat Duduk Ekonomi & Hot Seat semasa tempahan penerbangan awal melalui AirAsia MOVE, tertakluk kepada ketersediaan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.


**TAMAT**