airasia Superapp rasmikan Perjanjian Perkongsian bersama Swiss-Belhotel International
Perkongsian ini telah membuka akses kepada pengguna airasia Superapp ke lebih 125 hartanah Swiss-Belhotel International yang terdapat di 19 negara
KUALA LUMPUR, 18 Mei 2023 - airasia Superapp telah merasmikan Perjanjian Perkongsian dengan Swiss-Belhotel International, adalah satu kumpulan pengurusan hotel yang paling pesat berkembang di dunia. Melalui majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di Swiss-Belresort Watu Jimbar Bali, perkongsian ini telah mengukuhkan kedudukan airasia Superapp sebagai platform pelancongan di Asia Tenggara, dengan menyediakan akses kepada lebih 125 hartanah Swiss-belhotel International yang tersebar di 19 negara.
Perjanjian perkongsian strategik itu ditandatangani oleh Tan Mai Yin, Ketua Pegawai Komersial airasia Superapp, dan Gavin M. Faull, Pengerusi & Presiden Swiss-Belhotel International. Sebanyak 16 jenama terkenal Swiss-Belhotel International kini telah menyertai ekosistem airasia Superapp, seperti MAUA oleh Swiss-Belhotel, Grand Swiss-Belhotel, Swiss-Belsuites, Swiss-Belboutique, Swiss-Belhotel, Swiss-Belresidences, Swiss -Belresort, Swiss-Belinn, Swiss-Belexpress, Zest, dan lain-lain.
Penubuhan perkongsian ini adalah usaha airasia Superapp untuk mengukuhkan potensi jangka panjang perniagaan sektor pelancongan. Ini selaras dengan penyelidikan e-Conomy SEA 2022 oleh Google, Temasek, dan Bain & Company, yang meramalkan pertumbuhan positif dalam ekonomi digital Asia Tenggara, terutamanya dalam perniagaan pelancongan dalam talian, yang dianggarkan mencapai Nilai Barangan Kasar Dolar Amerika Syarikat $44 bilion atau lebih daripada RM 198 trilion pada 2025.
Menyambut dengan penuh semangat di atas perkongsian ini, Ketua Pegawai Komersial airasia Superapp, Tan Mai Yin, mengulas, "Kami sangat gembira untuk memeterai perkongsian ini dengan jenama terkenal seperti Swiss-Belhotel International, seterusnya mengembangkan inventori penginapan kami untuk airasia Superapp di rantau ini. Selain menyediakan pengguna pengalaman perjalanan yang mantap, mudah dan berpatutan, perkongsian ini juga akan menjadi usaha strategik yang mampan untuk kami dan rakan kongsi kami sebagai rakan pemain dalam industri pelancongan.”
“Selain daripada kekayaan pangkalan data pengembara mahupun pelancong yang kami miliki sebagai Ejen Pelancongan Dalam Talian (OTA) utama di rantau ini, kami menambah nilai yang lebih bermanfaat kepada rakan kongsi hotel kami dengan ekosistem yang mantap yang merangkumi keupayaan tempahan penerbangan daripada lebih 700 syarikat penerbangan di seluruh dunia, perkhidmatan e-hailing kami sendiri yang tersedia di seluruh Malaysia, Bangkok (Thailand), Bali (Indonesia), platform peruncitan pengembaraan dalam talian dan barangan bebas cukai, semuanya dirangkumkan oleh program kesetiaan bersepadu yang dipanggil airasia rewards. Ini membolehkan airasia Superapp mengoptimumkan keseluruhan ekosistem kami untuk memanfaatkan setiap rakan kongsi hotel kami untuk mencapai sasaran pasaran yang betul,” tambahnya.
Gavin M. Faull, Pengerusi dan Presiden Swiss-Belhotel International, berkata, "Di Swiss-Belhotel International, kami berbangga dengan budaya Passion (Bersemangat) dan Professionalism kami, yang merangkumi setiap aspek hartanah kami. Tumpuan kami untuk menggabungkan Standard Hospitaliti Swiss dengan semangat Asia untuk berkhidmat adalah kunci kejayaan kami dalam mencipta tetamu yang gembira. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan airasia Superapp untuk menawarkan layanan terbaik kami kepada rangkaian pengembara yang lebih luas. Dengan kerjasama ini, kami dapat memastikan lebih ramai orang mengalami perkhidmatan dan kemudahan yang luar biasa Swiss-Belhotel International yang dikenali orang ramai."
Bagi meraikan perkongsian istimewa ini dan untuk menarik lebih ramai pelancong asing dan domestik untuk pulang ke Bali, airasia Superapp telah melancarkan kempen khas bernama #AyoKemBALI. Pengguna boleh menikmati diskaun sehingga IDR 2 juta untuk tempahan hotel di Bali, termasuk lapan hartanah terbaik dari Swiss-belhotel International. Jangan lupa masukkan kod promo AYOKEMBALI sebelum menyelesaikan pembayaran anda.
Setiap transaksi di airasia Superapp, pengguna akan memperoleh airasia poin yang boleh ditebus kemudian untuk semua perkhidmatan dan produk, seperti tempahan penerbangan (airasia flights), produk bebas cukai dan gaya hidup (airasia shop), hadiah digital (airasia gifts), dan banyak lagi.
Ikuti perkembangan terkini daripada airasia Superapp dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/TikTok atau @airasia di Twitter/WeChat/Weibo. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Superapp anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.
***