AirAsia tawar promosi hebat sehingga 30% untuk pengembaraan anda

30%OFF_KV_MY-01.jpg

SEPANG, 17 Februari 2020 - AirAsia ingin memberi peluang kepada anda untuk mengembara dan menikmati percutian yang berpatutan dengan tawaran diskaun 30% untuk semua tempat duduk dan semua penerbangan dan diskaun 22% untuk bagasi, aktiviti dan AirAsia Bundle Deals di airasia.com.

Nikmati diskaun bagi tambang asas untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Bintulu, Kuantan, Maldives, Krabi, Kolkata dan banyak lagi.

Terbang lebih jauh dengan AirAsia X ke Kuala Lumpur, Sydney, Seoul, Fukuoka dan banyak lagi destinasi jarak jauh popular pada harga yang bernilai tinggi ketika jualan istimewa ini. Untuk nikmati keselesaan dan faedah tambahan pada penerbangan jarak jauh, rasai Premium Flatbed kami yang memenangi pelbagai anugerah, atau membeli tambang Premium Flex yang turut akan ditawarkan diskaun 30%.

Perlukan lebih banyak ruang bagasi untuk percutian anda? Kini anda boleh menaik taraf bagasi sehingga 30kg atau lebih pada 22% lebih rendah** Diskaun bagasi hanya boleh didapati ketika tempahan awal penerbangan sepanjang tempoh promosi.

Untuk 1,000 transaksi terawal, tetamu juga boleh menikmati diskaun 22% untuk aktiviti dengan kod promo AAFEB22 dan diskaun 22% untuk AirAsia Bundle Deals dengan kod promo DEALSFEB22**.

Tempah sekarang di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia dari 17 Februari 2020 (0000h GMT +8) sehingga 23 Februari 2020 (2359 GMT +8) untuk perjalanan antara 24 Februari 2020 dan 30 September 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com Karen Chan berkata, “Kami berbesar hati untuk menawarkan bukan sahaja tambang penerbangan yang rendah ke destinasi pelancongan popular AirAsia, tetapi turut menawarkan platform perjalanan sehenti dengan pelbagai pilihan gaya hidup termasuk diskaun bagasi, hotel, aktiviti dan banyak lagi di airasia.com. Matlamat kami adalah untuk menjadikan perjalanan anda lebih mampu milik dan lancar tatkala meneruskan transformasi kami ke arah menjadi platform pakej perjalanan atas talian terkemuka - kini menawarkan lebih daripada tiket penerbangan.

Tetamu yang ingin membuat pertukaran pada tempahan mereka atau membuat pra-tempahan hidangan Santan boleh berbuat demikian di pautan Tempahan Saya dengan hanya 3 langkah mudah - Tekan, Pilih dan Bayar!

Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia),  Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

* Diskaun hanya terpakai untuk penerbangan kendalian AirAsia kecuali AirAsia India (kod penerbangan i5) dan AirAsia Japan (kod penerbangan DJ).

** Diskaun bagasi tidak terpakai untuk AirAsia India (kod penerbangan i5) dan AirAsia Japan (kod penerbangan DJ) dan penerbangan ke/dari Jepun.

Malaysia, EnglishGuest UserSepang