Pilihan sambungan dan kemudahan yang lebih baik ke CVSKL melalui kolaborasi bersama airasia ride

  • Pengguna baharu boleh nikmati diskaun RM5 untuk ke dan dari CVSKL untuk tempahan pertama.

Keterangan gambar: (Dari kiri ke kanan) Tan Eng Ghee, Ketua Pegawai Eksekutif CVSKL dan Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride semasa Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2023 - Pengunjung Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) termasuk pesakit, ahli keluarga dan pekerja hospital kini mampu untuk menikmati pilihan yang lebih baik untuk ke CVSKL melalui kolaborasi bersama airasia ride, platform e-hailing di airasia Superapp.

Kedua-dua pihak memeterai memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani oleh Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride dan Tan Eng Ghee, Ketua Pegawai Eksekutif CVSKL di sini hari ini.

Untuk memulakan kerjasama, airasia ride akan memberikan pengguna baharu yang pergi dan balik CVSKL dengan diskaun RM5 menggunakan kod promo CVSKL dari sekarang hingga Ogos 2024. Klik pada ikon “Ride” pada airasia Superapp untuk menempah perjalanan anda hari ini.

Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride, berkata, “Kami teruja untuk memulakan kerjasama ini dengan CVSKL dan menjadi salah satu penyedia perkhidmatan pengangkutan rasmi untuk CVSKL. Sebagai superapp perjalanan, kerjasama ini akan membolehkan kami membantu pesakit mengembara di sekitar Kuala Lumpur dengan lebih mudah dan pada kadar yang lebih berpatutan. Penumpang dan juga pemandu boleh menantikan tawaran yang lebih menarik dalam masa terdekat selaras dengan perkembangan kerjasama ini.”

"Di CVSKL, kesejahteraan pesakit adalah teras utama dalam semua aspek yang kami lakukan. Perkongsian kami dengan airasia ride menggariskan komitmen kami untuk menyediakan bukan sahaja penjagaan perubatan yang luar biasa, tetapi juga perjalanan penjagaan kesihatan yang lancar dan tanpa kebimbangan," kata Tan Eng Ghee, Ketua Pegawai Eksekutif CVSKL.

"Kepentingan untuk sampai ke hospital kami dengan mudah adalah sangat mustahak, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kardiovaskular. Kolaborasi ini memberi kemudahan kepada pesakit untuk menjaga kesihatan mereka tanpa sebarang halangan dalam aspek pengangkutan," tambah Tan.

Ikuti perkembangan terkini daripada airasia Superapp dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram atau @airasia di Twitter. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Superapp anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.